MCA boleh desak sampai kiamat, saya tak kisah – Tajuddin

MCA boleh desak sampai kiamat, saya tak kisah – Tajuddin
MCA mendesak Tajuddin Abdul Rahman meminta maaf kerana
membuat kenyataan mahu menampar Cina Malaysia.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bertegas beliau tidak akan meminta maaf kerana membuat kenyataan mahu melempang orang Cina.

Beliau berkata, MCA boleh terus membuat desakan tetapi beliau tetap tidak akan meminta maaf kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“MCA suruh saya mintak maaf, apa dosa saya? Sebenarnya MCA yang banyak salah.

“Mereka (MCA) boleh buat bising sehingga kiamat, i dont care (saya tak kisah),” katanya dalam sidang media di Kementeriannya pada Selasa.

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon sebelum ini mendesak Tajuddin meminta maaf kerana membuat kenyataan mahu menampar orang Cina dari Malaysia yang mencari perlindungan China.

Tajuddin, Ahli Parlimen Pasir Salak, telahpun menafikan menggunakan perkataan lempang seperti dilaporkan sebuah portal. Namun rakaman audio yang dimuatnaik portal berkenaan telah membuktikan beliau menyebut perkataan itu.

Tajuddin kemudian berkata, kenyataannya itu lebih kepada gurauan.

Ditanya dakwaan akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948, Tajuddin berkata, beliau tidak menerima sebarang makumat mengenai dakwaan itu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers