Malaysia akan ketinggalan berbanding Singapura dan Vietnam jika tidak menyertai TPPA dan risiko kehilangan pelaburan asing. |
Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang telah dirumuskan oleh 11 negara termasuk Malaysia di Atlanta, Amerika Syarikat, mampu menarik pelaburan asing ke negara ini.
Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata, perjanjian itu juga membolehkan syarikat Malaysia menikmati akses pasaran kepada semua negara ahli sekaligus menjadikan syarikat tempatan lebih berdaya saing.
Agus menambah, sekiranya Malaysia tidak menyertai TPPA, negara akan mengalami kerugian beberapa perkara antaranya hilang kredibiliti sebagai negara pasaran bebas.
Katanya, Malaysia juga akan ketinggalan kepada Singapura dan Vietnam sebagai negara pilihan pelabur di rantau ASEAN.
Katanya, kerugian lain yang akan dialami adalah pelaburan yang sedia ada di Malaysia mungkin berpindah ke negara lain.
“Syarikat Malaysia yang berdagang di luar negara seperti Petronas, Felda, Sime Darby tidak boleh menikmati faedah TPPA.
“Jika Malaysia membuat keputusan menyertai TPPA kemudian hari, ia akan memakan kos yang tinggi, pasaran untuk barangan elektronik yang dikeluarkan oleh negara akan hilang dan hilang 50 peratus pasaran ‘glove’ (sarung tangan getah) kepada Thailand,” tulisnya di Facebook.
Beliau berkata, walaupun Malaysia telah merumuskan TPPA di Atlanta, namun tidak bermakna negara ini sah akan menyertai TPPA dan terikat dengan persetujuan itu.
Katanya, sebelum TPPA dikuatkuasakan, terdapat dua peringkat lagi yang perlu dilalui iaitu kerajaan perlu mendapatkan kelulusan Kabinet atau Parlimen.
“Sekiranya Parlimen meluluskan, maka kerajaan perlu meratifikasikannya (mengesahkan). Selepas meratifikasikannya, barulah kita terikat dengan perjanjian ini,” katanya.
Agus berkata, kebaikan dan keburukan TPPA perlu dibincangkan secara meluas dan penilaian perlu dibuat demi kepentingan negara.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.