Yatt Hamzah Nyaris Terkorban Di Bumi Syria

Yatt Hamzah Nyaris Terkorban Di Bumi Syria


KUALA LUMPUR 22 APRIL 2015: Pelakon dan penceramah bebas Yatt Hamzah 35, akui dirinya nyaris terkorban di bumi Syria ketika mengikuti misi bantuan kemanusian baru-baru ini.

Ketika kejadian, Yatt bersama suami berada di suatu tempat di Syria untuk menghulurkan bantuan, setelah selesai memberi bantuan, kawasan tersebut telah di bom selepas 10 minit mereka beredar.

“Sebenarnya kesengsaraan yang dialami penduduk Syria lebih teruk dan dasyat berbanding penduduk di Palestin, banyak bangunan runtuh serta hilang tempat tinggal.

“Saya hanya berserah pada Allah dan nekad apabila berada di Syria kerana nyawa saya ketika itu umpama telur di hujung tanduk, bila-bila masa sahaja boleh maut.

“Namun demi membantu umat Islam, saudara kita di sana, saya kena berani dan tak boleh rasa gentar, membantu mereka adalah ibadah yang besar fadilatnya,” katanya kepada portal Murai.com.y di majlis sambutan ulang tahun kelahiran anaknya di Batu Caves.

Dalam pada itu, Yatt bersama ahli rombongannya lain turut terkandas di sempadan Syria-Turki selama 6 jam kerana pihak berkuasa di sana mengetatkan lagi pemeriksaan kepada sesiapa sahaja.

“Cuaca di sempadan panas berbanding di Syria yang sejuk, selepas 6 jam barulah pasukan kami dapat beredar bagaimanapun keesokkan harinya di tempat saya terkandas itu telah di bom.

“Saya bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku, apa-apa pun penduduk di Syria memang memerlukan bantuan terutama daripada semua pihak,” ujarnya mengakhiri bicara.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers