KL, 21 APRIL 2015: Personaliti muslimah terkenal, Wardina Safiyyah kembali menjadi tumpuan di media sosial susulan kenyataan yang dibuat di laman Facebook peribadinya yang menyuarakan rasa tidak setuju berkenaan isu lambang salib di sebuah gereja di Taman Medan diturunkan seperti yang diminta oleh kira-kira 50 penduduk di situ, pada Ahad lepas.
Menerusi entri di laman sosial tersebut, Wardina menyatakan bahawa tanda salib itu tidak perlu diturunkan malah dalam masa yang sama turut memohon maaf kepada penganut Kristian di taman itu kerana merasakan mereka dibuli dan hak kebebasan beragama golongan itu seolah-olah disekat.
“Saya harap salib itu kekal di situ. Tolong jangan turunkan. Saya memahami perasaan kenalan penganut Kristian di situ dan meminta maaf kerana kalian sering dibuli oleh sebilangan saudara seIslam saya. Wahai saudara Islam semua, jadilah umat Islam yang sebenar-benarnya.
“Orang Islam sejak berabad dulu termasuk semasa zaman Rasulullah SAW telah hidup secara harmoni dengan orang beragama Kristian. Saya sayangkan saudara saya yang beragama Kristian.
“Biarkan penganut agama Kristian juga mendapat hak kebebasan mereka. Kepada penganut Kristian Taman Medan, sampaikan salam saya kepada Paderi juga permohonan maaf saya,” kata Wardina yang kini khabarnya berada di Australia kerana menyambung pengajiannya.
Bantahan yang berlangsung di Taman Medan itu diibuat atas alasan tanda salib itu mencabar akidah dan kepercayaan majoriti penduduk kawasan itu yang beragama Islam. Pihak gereja bersetuju menurunkan lambang salib gergasi yang dipasang di tingkat dua sebuah bangunan rumah kedai itu selepas bantahan dibuat.
“Saya faham perasaan menjadi golongan minoriti. Saya tahu betapa sukarnya jika dibuli kerana kepercayaan kita. Apabila orang bukan Islam menyokong orang Islam di Australia, perkara itu sudah membawa makna yang cukup besar untuk kami semua di sini,” katanya lagi.
Wardina turut mengatakan bahawa sikap ‘samseng’ yang ditunjukkan oleh segelintir orang Islam dalam video protes tanda salib tersebut sebagai ‘hodoh’.
Insiden yang berlaku pada Ahad lalu, kira-kira 50 penduduk Taman Medan di Petaling Jaya berhimpun di hadapan sebuah bangunan lot kedai iaitu berdekatan dengan lokasi sebuah gereja baru di sana dan menuntut agar tanda salib besar di premis itu diturunkan.
Bagaimanapun, tindakan Wardina berbuat demikian mendapat reaksi berbaur daripada peminat – ada yang menyokong dan ada juga yang tidak bersetuju dengan apa yang diluahkan dirinya di laman media sosial tersebut.
Kredit berita Free Malaysia Today
iskandarX: Baguss pertahankan lah maruah agama kafir sebaik mungkin nyerr??
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.