Mahkamah Tolak Tuntutan RM1 Juta Awie Daripada Rozana

Mahkamah Tolak Tuntutan RM1 Juta Awie Daripada Rozana


Sumber mStar Online

KUALA LUMPUR, 21 APRIL 2015: Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan telah menolak permohonan vokalis kumpulan Wings, Awie yang ingin membuat tuntutan sebanyak RM1 juta dari isterinya, Rozana Misbun dalam satu prosiding mahkamah yang berlangsung semalam.

Menerusi laporan mStar Online, hasrat Awie itu gagal apabila permohonannya untuk mengenepikan perintah interim hadhanah secara ex-parte terhadap tiga anaknya bersama Rozana ditolak.

Malah keinginan Awie untuk mendapatkan semula hak jagaan sementara ketiga-tiga anak itu yang diperoleh Rozana sebelum ini turut gagal.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, selaku pemohon dalam tuntutannya mahu pihak responden iaitu Rozana menanggung kos atau membayar ganti rugi kepadanya berdasarkan dakwaan fakta-fakta tidak benar dalam tuntutan balas berhubung hak penjagaan anak-anak mereka.

Keputusan mengekalkan hak penjagaan sementara kepada Rozana dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah di sini iaitu Muhammad Fateh Saleh.

Terdahulu, Rozana, 36, mendapat hak penjagaan sementara anak-anak mereka pada 27 Januari lalu sebelum Awie memfailkan interlokutori untuk mengenepikan perintah ex-parte pada 12 Februari lalu.

Anak-anak berkenaan adalah Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Sementara itu, Rozana yang ditemui mStar Online selepas itu turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap suaminya itu yang sedikit pun tidak berusaha untuk mendaftarkan perkahwinan mereka mengikut undang-undang negara ini.

Awie dan Rozana berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 20 Jun 2005.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers