Maher Zain Antara Orang Arab Paling Berpengaruh Di Dunia

Maher Zain Antara Orang Arab Paling Berpengaruh Di Dunia


KUALA LUMPUR, 21 APRIL 2015: Penyanyi kelahiran Lubnan, Maher Zain telah terpilih antara `100 Arab Paling Berpengaruh` di dunia menerusi laman sesawang arabianbusiness.com baru-baru ini.

Menerusi laporan tersebut, Mahez, 33, yang mempunyai seramai 23.5 juta pengikut di laman sosial Facebook telah diletakkan di tangga ke-10 dalam senarai tersebut yang turut melibatkan ahli korporat, ahli perniagaan, bintang sukan dan golongan-golongan elite lain.

Populariti penyanyi lagu Insya Allah sememangnya tidak dapat dinafikan jika dinilai dari permulaan perjalanan seninya selama 6 tahun sejak pelancaran album pertamanya, Thank You Allah pada tahun 2009.

Bermula dengan mengikut keluarganya berhijrah ke Sweden pada usia 8 tahun, Maher mula menceburi industri muzik apabila bekerjasama penerbit yang pernah meraih Grammy, Redone yang sebelum itu pernah menghasilkan karya untuk penghibur antarabangsa terkenal lain seperti Lady Gaga, Nicki Minaj dan Jennifer Lopez.

Bermula tahun 2009, Maher kembali ke akar umbi Islam dan memberi tumpuan kepada penulisan dan meyanyi lagu berentak R & B kontemporari tersendiri dengan pengaruh Islam yang kuat.

Album pertamanya, Thank You Allah (Terima Kasih Allah) dilancarkan pada 1 November 2009, terbitan Awakening Records.

Ia menjadi album terlaris di Malaysia pada tahun 2010 dan meraih pelbagai anugerah di Malaysia juga di Indonesia, sekaligus merupakan pengiktirafan terbesar buat penyanyi berasal dari Lebanon ini.

Album keduanya, Forgive dilancarkan pada April 2012, juga meraih pelbagai anugerah di Malaysia.

Seterusnya Maher menyanyi lagu bukan saja dalam bahasa Inggeris tetapi juga merakamkannya dalam bahasa Perancis, Arab, Turki, Melayu dan Indonesia.

Dia juga merupakan duta UNHCR iaitu Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sekitar tahun lalu, Maher juga melawat kem pelarian Syria di Lubnan dan mengadakan konsert di sana.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers