Farid Kamil Berlatih Menari Selama 5 Jam Untuk ‘Abang Lejen ‘

Farid Kamil Berlatih Menari Selama 5 Jam Untuk ‘Abang Lejen ‘


KUALA LUMPUR 18 APRIL 2015: Pelakon dan pengarah muda, Farid Kamil 33, akui telah berlatih selama 5 jam untuk menari dalam filem Abang Lejen yang kini sedang ditayangkan di pawagam di seluruh negara.

Pada mulanya, dia tidak mengetahui terdapat babak yang terpaksa dia menari namun ini semua adalah idea kreatif pengarah Azaromi Ghozali untuk menambahkan lagi seri filemnya.

“Untuk babak menari ini ia dibuat secara spontan, ketika saya sampai di set penggambaran pengarah terus mengatakan kepada saya, terdapat adegan menarik dan ikut sahaja kareografer yang telah dihasilkan.

“Hakikatnya saya memang tak berapa pandai menari, maka selama 5 jam untuk menyiapkan babak tersebut, walaupun hasilnya boleh tahan memuaskan tetapi ia pengalaman baru buat saya,” seloroh Farid kepada portal Murai.com.my di Majlis Tayangan Media Abang Lejen di Damansara baru-baru ini.

Ketika ditanya adakah Farid memilih watak untuk dilakonkan di layar perak? Lantas dia menjawab masih lagi menunggu tawaran lakonan filem yang mempunyai ‘hi value’ dari susunan jalan cerita.

“Buat masa ini saya memang kurang berlakon mana-mana filem dan drama, nak kata selektif pun tidak sebab saya masih menunggu tawaran berlakon filem yang mempunyai jalan cerita yang lebih dinamik dan keterbukaan.

“Jadi kepada produser dan pengarah di luar sana, sekiranya berminat untuk memberi peranan dalam karya anda, jangan segan silu menghubungi saya,” katanya sambil ketawa kecil.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers