#AwakKatMane Selepas Ini Taufik Batisah Jawab, KL!

#AwakKatMane Selepas Ini Taufik Batisah Jawab, KL!


KL, APRIL 2015: Selepas ini jika para peminat kepada penyanyi Taufik Batisah bertanya kepada penyanyi tersebut #awakkatmane dan penyanyi asal Singapura itu berkemungkinan akan menjawab Kuala Lumpur, Malaysia, kenapa?

Kenyataan daripada Taufik sendiri baru-baru ini telah mengesahkan bahawa juri tetap Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) itu sedang merancang untuk bepindah ke Malaysia bagi memudahkan perjalanan kerjaya seni dan memberi lebih fokus dalam kariernya.

Lebih-lebih lagi apabila kini, nama Taufik Batisah atau dikenali dengan Fique seperti judul album terbarunya itu, ini semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat hiburan tanah air.

Menurut Taufik, isterinya tidak menghalang keputusan itu namun masih dalam proses memujuk ibunya untuk berpindah ke sini.

“Bila masa (mahu berpindah) tu belum tahu lagi. Isteri saya tak ada masalah. Sekarang saya kena pujuk ibu saya dulu. Saya rasa bila saya semakin sibuk di sini nanti kenalah pindah.

Bila tinggal di sini lebih lama boleh saya buat benda lain juga, berlakon ke,” katanya.

Dalam pada itu, Taufik akui sudah lama mengimpikan untuk mendapat tempat di hati peminat Malaysia meskipun pernah gagal dalam percubaan album terdahulu. Penerimaan dirinya dalam industri hiburan membuatkan Taufik bersedia untuk berhijrah.

Selain itu, Taufik percaya tinggal di Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur akan merapatkan dirinya bersama peminat serta peluang muncul di media akan lebih mudah.

Taufik ditemui pada sidang media bersempena showcase pertamanya di negara ini yang diadakan di Hotel Pullman Bangsar di sini pada malam Jumaat lepas.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers