Taruhan Pelawak Baru & Lama, ‘Lawak Ke Der 2015’ Nyata Kelakar

Taruhan Pelawak Baru & Lama, ‘Lawak Ke Der 2015’ Nyata Kelakar


KUALA LUMPUR 18 APRIL 2015: Barisan pelawak lama dan baru untuk persembahan ulung Lawak Ke Der 2015 nyata membuahkan hasil dan memberikan suntikan baru kepada ‘stand up comedy’ tempatan.

Penerbitnya Hans Isaac berkata telah melahirkan rasa berpuas hati dan berjaya membuktikan idea serta pemilihan barisan pelawak yang dipilihnya tidak mengecewakan.

“Selepas sidang media mengumumkan barisan pelawak yang akan membuat persembahan untuk Lawak Ke Der 2015, saya juga menerima kritikan negatif yang tidak yakin dengan kekuatan barisan pelawak yang dipilih.

“Tetapi saya hanya berdiam diri dan membiarkan sahaja kritikan seperti itu agar tidak mengubah pendirian dan mood saya, bagaimanapun setelah dipentaskan pada malam pertama, gelak ketawa penonton yang tidak henti-henti membuktikan pilihan saya tepat,” ujar Hans Isaac kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, Hans turut memberitahu pengisian lawak tersebut hasil daya kreativiti mereka dan dia hanya memastikan persembahan lawak mereka tidak berulang.

“Saya sungguh terharu dan gembira melihat komited mereka dalam Lawak Ke Der kali ini, saya memang tidak mengganggu dari segi pengisian lawak mereka agar nampak lebih bebas dan bersahaja.

“Apa-apa pun, secara keseluruhan saya memang berpuas hati dan berharap untuk Lawak Ke Der yang akan datang saya akan fikirkan yang lebih baik dan terbaik,” katanya sambil senyuman manis.  

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers