Separuh Tempurung Kepala Dibuang, Mazidul Akmal Sidek Tenat
Separuh tempurung kepala dibuang, Mazidul Akmal Sidek tenat setelah kena darah tinggi selepas makan durian.
KL, 25 JULAI 2014: Kerjaya wartawan yang mencabar menjadi pilihan dan ternyata ia membawa nama Mazidul Akmal Sidek menjadi individu yang dikenali dek kerana keberaniannya membongkar pelbagai kisah jenayah dan isu-isu semasa yang berlaku di negara ini.
Wartawan senior di TV3 serta lebih dikenali sebagai 'penyingkap fakta' telah dimasukkan ke Hospital Pantai Medical Centre kerana serangan stroke. Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada pengumuman rasmi mengenai status kesihatan beliau.
Kesihatan wartawan yang sinonim dengan program membongkar kisah-kisah jenayah 999 di TV3 itu dilaporkan semakin agak tenat. Menurut petikan daripada komen-komen yang dibaca di sebuah forum yang membicarakan keadaan kesihatan terkini Mazidul, ia menjelaskan lagi situasi yang dihadapi wartawan penyiaran terbabit.
“Penyakit asal kena darah tinggi, makan durian terus kena stroke macam ni, operation, tempurung kepala dibuang separuh, otak diambil suku, simpan dalam perut utk beberapa ketika... then paralysed hingga hujung nyawa..."
Apa-apa pun kita cuba untuk mendapatkan perkembangan mengenai kesihatan Mazidul daripada masa ke semasa. Di kesempatan ini marilah kita sama-sama doakan kesihatan beliau. Semoga Allah SWT terus melindungi beliau dan menyembuhkan daripada penyakit yang ditanggungnya itu.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.