Noraini Ibnu: Hormati Pemergian Kak Pah, RTM Henti Main Lagu 44 Hari

Noraini Ibnu: Hormati Pemergian Kak Pah, RTM Henti Main Lagu 44 Hari


Noraini Ibnu: hormati pemergian Kak Pah, RTM Henti Main Lagu 44 Hari  lagu-lagu nyanyian artis tanah air yang baru saja meninggal dunia.

Kredit Foto: Noraini Ibnu Instagram

KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2014: Kebiasaannya lagu-lagu raya nyanyian Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini sudah pun mula rancak berkumandang di radio-radio kira-kira 2 minggu sebelum menjelangnya Syawal.

Namun, tahun ini, lagu-lagu dendangan Sharifah Aini atau Tok Pah seakan sepi diperdengarkan terutama di semua stesen-stesen radio RTM.

Noraini Ibnu: Hormati Pemergian Kak Pah, RTM Henti Main Lagu 44 Hari


Pengawai Penyelia Siaran Radio RTM , Noraini Ibnu berkata, sudah menjadi kelaziman bagi stesen-stesen radio di RTM untuk tidak memutarkan lagu-lagu nyanyian artis tanah air yang baru saja meninggal dunia selama 44 hari.

"Itu memang arahan yang kita terima daripada pihak atasan dan telah digunapakai sejak sekian lama. Dan, selalunya kita tidak akan putarkan selama 44 hari.

"Dalam hal ini, lagu-lagu raya nyanyian Kak Pah tidak terkecuali. Walaupun lagu-lagu rayanya cukup nostalgia buat kita semua, namun kita harus menghormati pemergiannya. Memang sepilah raya kali ini tanpa lagu-lagu raya nyanyiannya," kata Noraini Ibnu yang juga bekas penyiar radio RTM kepada Portal Murai.

Kak Pah adalah antara penyanyi tanahair yang banyak merakamkan lagu raya. Antara lagu raya yang dirakamkan serta dipopularkan olehnya adalah Suasana Hari Raya, Nostalgia Aidilfitri, Mulianya Di Hari Raya, Di Pintu Ampun Raya, Minal Aidil Walfaizin serta Bisikan Hati Di Pagi Aidilfitri.

Dalam perkembangan lain, Noraini Ibnu yang juga isteri kepada penyanyi senior Herman Tino memberitahu bahawa sehingga kini dia berasa terkilan kerana tidak dapat menyempurnakan hasrat Kak Pah untuk bertemu dengan beserta Herman Tino.

"Pada hari yang kak Pah panggil untuk datang berjumpa dengannya setelah dia dimasukkan sekali lagi di Hospital Pakar Damansara, saya pula terpaksa menghadiri sebuah mesyuarat.

"Entah kenapa mesyuarat pada hari itu diadakan sebelah petang dan saya diarahkan 'wajib' untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Jadi, hanya Herman Tino saja yang datang bersama teman-teman artis yang lain.

"Tak sangka dia sudah pergi. Tak sangka sungguh dan saya betul-betul rasa terkilan sebab tidak dapat berjumpa dengannya buat kali yang terakhir," katanya lagi kepada murai.com.my.

Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pakar Damansara pada 5 Julai lalu, kira-kira jam 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru. Beliau meninggal dunia pada usia 61 tahun.

Buat semua pembaca Murai, jom dengarkan lagu-lagu raya Datuk Sharifah Aini.












Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers