Ceriakan Hari Raya Pertama Anda Dengan Despicable Me 2 Bahasa Melayu!

Ceriakan Hari Raya Pertama Anda Dengan Despicable Me 2 Bahasa Melayu!


Ceriakan Hari Raya Pertama Anda Dengan Despicable Me 2 Bahasa Melayu akan mula  ditayangkan pada hari pertama di HBO (Astro saluran 411) / HBO HD (Astro saluran 431) pada hari Isnin, 28 Julai 2014, jam 9 malam.

KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2014: Kejayaan lalu telah membawa HBO Asia sekali lagi menjalin kerjasama bersama Astro untuk menyiarkan sebuah filem animasi Despicable Me 2 yang telah dialih bahasa.

Despicable Me 2 versi Bahasa Melayu itu akan mula  ditayangkan pada hari pertama di HBO (Astro saluran 411) / HBO HD (Astro saluran 431) pada hari Isnin, 28 Julai 2014, jam 9 malam, dengan pilihan audio Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Ceriakan Hari Raya Pertama Anda Dengan Despicable Me 2 Bahasa Melayu!


Buat pertama kalinya ditayangkan di kaca televisyen Asia, Despicable Me 2 membawa kolaborasi barisan artis TV, radio dan personaliti teater yang berbakat untuk menyuarakan watak-watak dalam DESPICABLE ME 2 antaranya Harith Iskander (Gru), Lisa Surihani (Lucy Wilde), Puteri Balqis Azizi (Agnes) Nelydia Senrose (Margo), Dato' Fazley Yaakob (Dr. Nefario), Hisyam Hamid (Floyd), Hafiz Suip (Antonio) dan ramai lagi.

Ketua Jualan dan Pemasaran Affiliate HBO Asia Jacelyn Kek, berkata walaupun saluran HBO dikenali untuk filem terbesar dan terbaik di Hollywood, HBO Asia berpegang kepada kepentingan menyetempatkan kandungan mereka untuk keseronokan penonton tempatan.

“Kami yakin bahawa DESPICABLE ME 2 dalam Bahasa Malaysia akan menjadi suatu hit dengan penonton sempena musim perayaan ini.

"Dengan sokongan kuat daripada Astro, kami telah mencapai lebih tahun ini dengan pengenalan HBO Sentral, sebuah program yang dihasilkan di Malaysia dan dihos oleh Lisa Surihani dalam Bahasa Malaysia,” katanya pada Majlis Pra Tonton dan Berbuka Puasa HBO Asia baru-baru ini.

Sementara itu Pembantu Kanan Naib Presiden, Perniagaan Bahasa Inggeris, Astro, Junaidah Said Khan pula berkata Astro berbangga kerana HBO Asia sudi menjalinkan kerjasama sehingga ke hari ini.

"Bersama dengan rakan saluran kami yang berdedikasi, HBO Asia, kami sangat bangga untuk membentangkan versi setempat dan tayangan perdana filem Despicable Me 2 yang merangkumi suara dari bakat tempatan Astro untuk versi Bahasa Malaysia sambil kita terus menyediakan pelbagai pilihan selain memastikan nilai untuk pelanggan kami pada Hari Raya ini.

“ Kami berdedikasi dalam menyediakan perkhidmatan hiburan yang terbaik dan kandungan yang pasti akan mengujakan dan memuaskan para penonton,” katanya.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers