Anak Bandi Amuk Jalani Ujian Kimoterapi Kali Ke-3
Anak Bandi Amuk jalani ujian Kimoterapi kali ke-3 bagi merawat penyakitnya.
JOHOR BAHRU, 25 JULAI 2014: Penyanyi Rock Negara, Bandi Amuk atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat reda dan tabah menghadapi dugaan apabila anaknya Muhammad Saiful Affique 17 mempunyai ketumbuhan sepanjang 9cm dan selebar 15cm di bawah peparunya.
Anak Bandi Amuk jalani ujian Kimoterapi kali ke-3 bagi merawat penyakitnya. |
“Anak saya telah menjalani kimoterapi untuk kali ketiga bagi merawat penyakitnya,” nada sedih Bandi dihubungi Murai.
Menurutnya lagi, anaknya menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru dan doktor buat masa ini, belum lagi mengambil tisu di bahagian ketumbuhan itu dan akan menjalani pemeriksaan CT Scan selepas kimoterapi yang ke-4.
“Sepanjang anak saya dimasukkan ke hospital ramai rakan Saiful datang melawat termasuk guru-guru sekolahnya yang tidak putus-putus memberi sokongan.”
Ulang alik ke hospital sudah menjadi rutin bagi Bandi dan isteriya dan layanan dari pihak hospital amat baik dan kerjasama dari pihak doktor juga memberangsangkan.
Bandi hanya mohon doa kepada semua pembaca Murai agar anaknya dapat menjalani dugaan ini dengan tabah.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.