Nak Jadi Saloma, Nadia Aqilah Tidur Pakai Korset!
Karektor dan peribadi insan yang bernama Saloma senantiasa mekar dalam ingatan siapa sahaja yang pernah menatap wajahnya juga mendengar alunan suaranya. Biarpun mungkin ada yang tidak pernah melihat nya, persona milik wanita ini bukan sahaja kerana bakat yang dimiliki.
Menjadi sebahagian daripada keluarga besar pementasan P. Ramlee The Musical sejak dari mula lagi, Nadia Aqilah akhirnya diberikan kepercayaan menggalas watak yang diakui aktres itu mempunyai cabaran tersendiri.
Dia yang juga pernah membawakan watak isteri-isteri P. Ramlee yang lain sebelum ini bakal berdepan dengan komitmen yang besar menjayakan watak Saloma, seorang biduanita tersohor yang juga ikon fesyen di zaman itu.
“Bila saya dipanggil untuk ujibakat bagi watak Saloma memanglah teruja sangat. Bukan sahaja sebab dah lama idamkan watak menjadi Saloma tetapi kerana aura dan personaliti yang dimilikinya itu membuatkan saya seronok untuk mengenalinya dengan lebih dekat.
Nak Jadi Saloma, Nadia Aqilah Tidur Pakai Korset! |
“Buat masa ini kami semua belum bertemu bagi sebarang latihan mahupun script reading tetapi saya memang tidak sabar untuk tahu peranan Saloma dalam pementasan yang memasuki siri ketiga ini.
“Saya juga akan memberikan tumpuan kepada latihan vokal kerana ingin mengimbangi peranan menjadi pelakon dan penyanyi dengan baik diwaktu pementasan Oktober kelak,”ucap Nadia Aqilah yang hadir berpakaian ala Saloma di sidang media pementasan teater tersebut di Panggung Bandaraya di ibu negara, minggu lalu.
Cabaran yang dianggap mengujakan dirinya itu menuntut Nadia untuk mengikuti langkah dan petua untuk menjiwai karektor biduanita pujaan Malaya tersebut. Ada diantaranya telah pun mula dipraktikkan pelantun lagu Patah Sayap ini selepas dia ditawarkan watak ikonik ini.
“Penjiwaan watak itu penting pada saya tambahan lagi dengan watak besar begini, saya akan cuba memberikan yang terbaik. Percaya atau tidak sudah seminggu saya tidur dengan korset.
“Dimensi pinggang kerengga seperti Saloma setidak-tidaknya berada dalam bayangan bila saya tahu saya memang memakai korset untuk mendapatkan bentuk sedemikian.
“Selain itu saya ingin bertemu dengan kenalan rapat atau saudara kepada Saloma seperti Melissa Saila bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang ibu saudaranya itu. Biopik mengenai Saloma juga bakal ditayangkan dan saya rasa ia juga boleh dijadikan panduan untuk membawakan watak tersebut,”ceritanya lagi mengenai wataknya itu yang kini digalas Nabila Huda dalam siri khas biopik Saloma arahan Melissa Saila.
P. Ramlee The Musical akan dipentaskan bermula dari 3 hingga 12 October 2014 di Istana Budaya dengan jumlah 14 persembahan keseluruhannya. Selain daripada Nadia Aqilah sebagai Saloma, Tiara Jacquelina selaku penerbit juga turut tampil membawakan watak Noorizan manakala Lisa Surihani bakal menjadi isteri pertama P.Ramlee iaitu Junaidah. Tony Eusoff kekal sebagai P. Ramlee juga Douglas Lim akan membawakan watak Run Run Shaw dibawah arahan Pat Ibrahim selaku koreografer dan pengarah.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.