Nad Zainal Nafi Serang Hefny Di Lokasi Drama

Nad Zainal Nafi Serang Hefny Di Lokasi Drama


Pelakon Nad Zainal menafikan dakwaan yang kononnya dia telah menyerang aktor Hefny Sahad di sebuah lokasi penggambaran drama ‘Maaf Jika Aku Tak Sempurna’ pada Selasa lalu.

Menurut laporan mStar Online, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin terkejut dengan tuduhan tersebut kerana dia tidak pernah melakukan perkara yang dianggap sebagai tidak masuk akal itu.

“Dakwaan itu tidak berasas dan saya tidak pernah pun melakukan perkara seperti itu… Mengarut.

“Lagipun siapalah saya nak serang dia? Saya ini bukannya kekasih dia, ya benar kami rapat dan saling mengenali hati budi masing-masing tapi masih belum sampai ke tahap bercinta,” katanya.

Nad Zainal Nafi Serang Hefny Di Lokasi Drama


Malah, pelakon berusia 24 tahun ini juga mengakui bahawa mereka sebenarnya bukanlah pasangan kekasih.

“Di sini saya ingin tegaskan bahawa hubungan kami masih belum sampai ke tahap yang serius… Ramai yang keliru apabila kami dianggap sebagai pasangan yang sedang bercinta.

“Namun hakikatnya kami baru nak kenal hati budi dan belum lagi menjadi pasangan kekasih,” jelasnya.

Bagaimanapun, aktres itu berharap agar isu tersebut tidak dipanjangkan kerana ia tidak benar.

“Sudah-sudahlah, saya harap isu ini tidak dipanjangkan… Tiada motif untuk saya bergaduh dengan dia.” ujarnya pendek.

Terdahulu, gossip tersebut timbul apabila Nad dikatakan menyerang Hefny di satu lokasi penggambaran drama bersiri Maaf Jika Aku Tak Sempurna terbitan Zeel Productions di Jalan P.Ramlee di sini pada Selasa lalu.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9 malam itu dikatakan turut disaksikan oleh kru drama berkenaan apabila Nad dipercayai meluru ke kereta milik Hefny sebaik sahaja pelakon itu tiba untuk menjalani penggambaran drama berkenaan.

Difahamkan berlaku pergaduhan kecil diantara pasangan itu sehingalah mereka membuat keputusan untuk memutuskan hubungan walaupun selama ini mereka menafikan mempunyai peraaan cinta antara satu sama lain.

Mengukuhkan lagi dakwaan itu apabila mereka didapati telah mengeluarkan gambar-gambar mesra mereka dalam akaun Instagram masing-masing.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers