Gegaran Cinta Hadiah THR Gegar Buat Pendengar Setia

Gegaran Cinta Hadiah THR Gegar Buat Pendengar Setia


Zaman kini kemudahan mendapatkan berita serta hiburan bukan lagi menjadi kuasa stesen radio yang pada satu ketika menjadi wacana utama manusia mendapatkan pelbagai info dan maklumat tentang apa yang berlaku di serata ceruk dunia.

Namun masih ada komuniti serta kelompok manusia yang masih menjadikan radio sebagai sumber hiburan kerana beberapa perkara contohnya segmen yang menjadi tarikan utama pendengar memilih stesen radio tersebut.

Stesen Radio No. 1 di Pantai Timur, THR Gegar terus mengungguli dan menjadi pilihan utama kepada warga di pantai timur kerana mempunyai tarikan tersendiri. Segmen Cinta Gegar kendalian Dj Nazz antaranya yang mendapat perhatian ramai pendengar dan  THR Gegar telah tampil dengan idea untuk menghadiahkan pendengar mereka dengan sebuah lagu istimewa.

Gegaran Cinta Hadiah THR Gegar Buat Pendengar Setia
Gegaran Cinta Hadiah THR Gegar Buat Pendengar Setia


Gegaran Cinta telah menampilkan pengendali segmen itu sendiri iaitu DJ Nazz sebagai penyanyi disamping seorang penyanyi baru, Wanie. Lagu tersebut telah dilancarkan semalam, Selasa, di MJK Coffee House, Kinrara bersama tayangan muzik video yang dihasilkan oleh MVM Production.

Istimewanya lagu ini kepada pendengar segmen Cinta Gegar adalah lirik yang digunakan merupakan hasil tulisan serta luahan hati pendengar yang telah menghantarnya sendiri kepada pihak THR Gegar sebelum ia diproses dan digubah oleh DJ Nazz dan mendapatkan iramanya melalui sentuhan Eddie Hamid.

Inisiatif stesen radio ini menghasilkan single khas untuk segmen Cinta Gegar adalah sebagai ucapan terima kasih kepada pendengar mereka yang merealisasikan impian mereka menjadi stesen radio pilihan utama di pantai timur.



Kerana itu jika dilihat kepada butir mengenai Gegaran Cinta, lagu tersebut telah ditulis oleh pendengar THR dan lagunya dicipta oleh Eddie Hamid. Vokal yang dimiliki DJ Nazz dirasakan mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan menjadikan ia lebih dekat kepada pendengar THR Gegar khususnya segmen Cinta Gegar.

Wanie merupakan barisan pelapis dunia seni suara dimana dia nyata memiliki keistimewaan sendiri melalui vokal yang ditampilkan dalam single ini. Gegaran Cinta telah mula diputarkan di THR Gegar dan diharap menjadi hits bukan sahaja di stesen radio tersebut malah di semua radio lain yang ada di negara ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers