Jihan Musa Sedia Dikritik Menjadi Hos Diari AF2014

Jihan Musa Sedia Dikritik Menjadi Hos Diari AF2014


Jihan Musa sedia dikritik oleh penonton setia Akademi Fantasia kerana untuk musim kali ini, dia akan menjadi hos diari AF2014 yang akan membuka tirai pada 1 September ini.

“Saya sangat positif menerima kritikan, kerana saya juga di lahirkan dari program realiti, komen negatif dan positif telah sebati dalam hati dan minda saya,” katanya kepada Murai di Majlis Pengumuman 12 Pelajar AF2014 di ibu negara.

Menurut Jihan lagi, sangat teruja untuk mengalas tanggungjawab sebagai hos diari AF dan akan memberikan komitmen yang sepenuhnya agar penonton diari AF terhibur dengan caranya sendiri.

Jihan Musa Sedia Dikritik Menjadi Hos Diari AF2014
Jihan Musa Sedia Dikritik Menjadi Hos Diari AF2014


“Pada mulanya saya agak keberatan untuk menerima tawaran ini kerana AF merupakan program realiti yang menjadi fenomena besar dalam dunia penyiaran. Di waktu yang sama juga, AF juga alami musim yang kurang memberangsangkan, untuk AF kali ini tanggungjawab saya amat berat untuk mengembalikan kegemilangan program ini,” ujarnya bersahaja.

Jihan juga merasakan diari AF dapat mengasah bakatnya sebagai seorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia pengacaraan. Pihak Astro telah memberi kebebasan untuk menjadi dirinya dan unsur humor akan diselitkan semasa diari ini ditayangkan.

“Secara keseluruhan saya sudah bersedia, ‘flow’ kerja masih lagi belum diperkemaskan lagi disebabkan saya baru kali pertama untuk mengacarakannya. Insha-Allah info-info di belakang tabir AF2014 akan saya laporkan dengan cara saya sendiri dan kemungkinan tambahan skrip secara spontan antara dalam perancangan.”

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers