Johan Dakwaan Minta Bayaran Untuk Ditemubual Itu Mengarut!

Johan Dakwaan Minta Bayaran Untuk Ditemubual Itu Mengarut!


Pemilik nama Mohd Yazid Lim Mohammad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak menafikan dakwaan yang mengatakan pelawak terkenal ini meminta bayaran sekiranya ada pihak media yang ingin menemubualnya.

Johan yang ditemui pada majlis pra-tonton filem animasi Ribbit di TGV One Utama pada Selasa menyifatkan tuduhan itu sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

“Takkanlah jika nak ditemubual pun saya nak mintak bayaran? Lainlah kalau saya ini seorang pelawak antarabangsa yang terkenal, mungkin perkara itu akan berlaku.

“Tak adalah, bagi saya tuduhan itu semua mengarut!” katanya tegas,

Johan Dakwaan Minta Bayaran Untuk Ditemubual Itu Mengarut!
Johan Dakwaan Minta Bayaran Untuk Ditemubual Itu Mengarut!


Tambah Johan lagi, timbulnya dakwaan tersebut mungkin kerana intonasi dan gaya percakapannya telah disalah ertikan.

“Kadang-kadang tu bila orang tanya, jawapan saya itu bergantung pada keadaan dan juga tempat.

“Mungkin orang macam saya ini percakapannya banyak di salah ertikan, adakalanya kita melawak tetapi mereka anggap itu serius.

“Saya suka jawab soalan secara spontan dan saya juga tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan mengenai hal ini.

“Jadi dakwaan tentang meminta bayaran itu adalah tidak benar sama sekali.” jelasnya.

Mengulas mengenai pembabitannya dalam filem animasi terbitan KRU Studios berjudul 'Ribbity', penyampai radio Era.fm ini memberitahu dia berasa berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan produksi tersebut.

“’Ribbit’ merupakan filem animasi pertama saya dan saya memegang wataksebagai Ribbit iaitu seekor katak yang mengalami krisis identiti.

“Ini merupakan pengalaman baru buat saya dan saya berasa berbesar hati kerana diberi peluang untuk terlibat dalam filem ini.” ujarnya pendek.

Filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 4 September 2014.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers