Pemuzik Era 70-an, Abass Bakar Rasa Saat Hampir Mati

Pemuzik Era 70-an, Abass Bakar Rasa Saat Hampir Mati


Pemuzik Era 70-an, Abass Bakar Rasa Saat Hampir Mati mengalami mimpi ngeri apabila nyawanya seolah-olah hampir putus ketika dia tiba-tiba diserang sakit jantung baru-baru ni.

KUALA LUMPUR, 10 JULAI 2014: Pemuzik dan komposer era 70-an Abass Bakar, 63, tidak menyangka Tuhan masih memanjangkan usianya selepas mengalami mimpi ngeri apabila nyawanya seolah-olah hampir putus ketika dia tiba-tiba diserang sakit jantung baru-baru ni.

Abass Bakar berkata hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya ketika itu mengingat mati.

"Bayangkan sebelum saya diserang sakit jantung itu saya masih lagi seperti biasa berjumpa dengan rakan-rakan, tetapi ketika perjalanan pulang ke rumah saya tiba-tiba rasa sakit dada yang amat sangat sehingga sesak nafas.

Pemuzik Era 70-an, Abass Bakar Rasa Saat Hampir Mati


"Bukan sahaja sesak nafas, malah ketika itu saya rasa seperti tiada nyawa apabila saya terus jadi blank. Pun begitu saya kuatkan juga memandu hingga ke Hospital Kuala Lumpur dari Hotel Concorde.

"Alhamdulilah saya selamat sampai, tetapi sebaik tiba sahaja di kecemasan saya terus pengsan dan tidak sedarkan diri hingga keesokan harinya.

"Terus-terang masa nyawa saya seakan mahu putus itu saya masih lagi igat apa kerja yang belum selesai dan juga anak bini saya dan saya seolah-olah sudah putus harapan

"Kini keadaan saya semakin stabil cuma perlu mendapatkan rawatan susulan daripada doktor setiap bulan,"katanya.

Ahli kumpulan kugiran Teruna Ria suatu ketika dulu itu ditemui ketika Persatuan Karyawan yang dipengerusikan oleh Datuk Feri Fernandez membuat lawatan menziarah serta menyampaikan sedikit bantuan kepada Abass di rumahnya yang terletak di Batu Caves.

Abass yang ditemui turut melahirkan syukur di atas kehadiran ahli persatuan tersebut dan sumbangan yang diberikan kepadanya.

"Alhamdulilah sejak saya dimasukan ke hospital, hingga kini tidak henti-henti saya mendapat kunjungan daripada orang seni muzik terutama artis yang sama zaman dengan saya.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Karyawan kerana sudi datang menziarahi saya. Saya tak harapkan sumbangan tapi lebih mengharapkan supaya orang ramai mendoakan kesihatan saya pun cukup," luahnya lagi.

Abass Bakar juga merupakan komposer kepada penyanyi lagenda seperti Datuk Sharifah Aini, Norin Aziz, Uji Rashid, Ros Maria Abdullah, Azlina Aziz dan ramai lagi.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers