Yuna & Boys Republic Sahkan Kemunculan Pada MTV World Stage 2014

Yuna & Boys Republic Sahkan Kemunculan Pada MTV World Stage 2014


KL, 8 JULAI 2014: Penganjuran festival muzik MTV World Stage di Malaysia untuk tahun 2014 akan menandakan sudah enam tahun acara kelolaan  MTV Asia ini berjaya menarik pengunjung terutamanya pencinta muzik dari seluruh dunia bertandang ke Malaysia.

Tarikan utama yang akan menggamit penonton memenuhi lokasi MTV World Stage 2014 di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 16 Ogos depan sudah semestinya terletak pada barisan penyanyi yang akan membuat persembahan.

Acara yang dirakam khas untuk siaran ke seluruh dunia itu kini telah mengesahkan dua nama besar di rantau Asia ini yang akan menggamatkan pentas iaitu Yuna, penyanyi terkenal dari Malaysia dan juga Boys Republic, kumpulan boyband K-Pop yang diterbangkan khas dari Korea Selatan.

Yuna & Boys Republic Sahkan Kemunculan Pada MTV World Stage 2014


Pengumuman bagi senarai penuh artis yang akan membuat persembahan pada acara muzik tersebut akan dibuat dari semasa ke semasa. Sasaran bagi pengunjung untuk siri keenam MTV World Stage Malaysia 2014 ini dijangkakan seramai 15,000 orang dan akan ditonton oleh 550 juta melalui siaran rakaman khas di saluran MTV itu kelak.

MTV World Stage Malaysia diadakan adalah sebagai platform buat saluran MTV sendiri sebagai saluran yang menayangkan gig-gig eksklusif dari serata dunia, festival muzik dan konsert istimewa terus ke kaca televisyen anda. Malaysia merupakan negara yang pertama dipilih menganjurkan acara sebegini yang dimulakan sejak tahun 2009.

Bercakap mengenai persembahan bertaraf antarabangsa, Yuna nyata pilihan yang tepat dan sekaligus membanggakan semua rakyat Malaysia. Bermula di sosial media dan Youtube, perkembangan karier penyanyi berimej sopan ini dilihat boleh menjadi inspirasi buat semua remaja.

Ditambah pula dengan genre muzik yang diperjuangkan graduan undang-undang ini turut memperlihatkan Yuna sebagi penghibur yang versatil dan mempunyai kelas tersendiri. Setelah menempa kejayaan dan melalui pelbagai pengiktirafan, penampilan Yuna dipentas MTV World Stage itu pasti dinantikan peminat khususnya dari Malaysia.

Begitu juga dengan kumpulan Boys Republic, populariti yang diraih kumpulan ini melonjak naik seraya dengan gelaran Best New Artist pada 20th Korean Entertainment & Art Awards 2013 dan dipilih sebagai Korean Youth Association Ambassador oleh negara itu sendiri.

Pengacara untuk edisi terdahulu, VJ Alan dan Hanli juga dikekalkan bagi tahun ini. Seperti kebiasaan, MTV Asia juga akan memberikan pas percuma kepada peminat. Maklumat lanjut akan diumumkan di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram dari masa ke semasa.

Facebook: www.facebook.com/mtvasia
Twitter: www.twitter.com/mtvasia
Hashtag: #worldstagemy
Instagram: mtvasia

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers