Ziana Zain Sahkan Sudah Bertudung

Ziana Zain Sahkan Sudah Bertudung


Ziana Zain Sahkan Sudah Bertudung, menerusi rancangan MeleTOP sebagai sebuah hadiah kemenangan dan juga kurniaan yang amat besar buat dirinya.

Penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain akhirnya mengumumkan sudah berhijab sepenuhnya. Kata Ziana menerusi rancangan MeleTOP, keputusannya untuk berhijab dianggap sebagai sebuah hadiah kemenangan dan juga kurniaan yang amat besar buat dirinya.

Tambah Ziana, dia sudah lama memasang niat untuk berhijab dan bersyukur akhirnya Allah memakbulkan doanya, peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapanya.

Ziana Zain Sahkan Sudah Bertudung


Berita penghijrahan Ziana ini diumumkan sempena Hari Nuzul Quran pada Selasa bersamaan 17 Ramadan. Walaupun begitu, Ziana sebenarnya sudah berhijab lebih awal dari tarikh tersebut, namun perkara itu tidak diwar-warkan.

Sebelum ini, Ziana menjelaskan dia berhijab bagi menghormati bulan Ramadan serta menghormati guru-guru di sekolah anak-anaknya. Lebih-lebih lagi, anak sulungnya sebelum ini pernah meluahkan keinginan untuk melihat ibunya berhijab penuh.

Ziana turut menjelaskan tiada pengumuman rasmi yang sepatutnya dilakukan kerana yang lebih penting adalah tuntutan yang cuba penuhinya sejak awal Ramadan. Ziana juga berharap agar hijrahnya ini kekal ke akhir hayat.

Dalam pada itu, Ziana turut berkongsi bahawa kerjaya nyanyiannya akan berjalan seperti biasa. Namun, dia akan membataskan dari segi penampilan agar bersesuaian dengan imej berhijab.


Foto :Instagram Ziana Zain

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers