Amy Search: Kalau Dia Tak Minta Maaf Pun, Saya Dah Maafkan Dia

Amy Search: Kalau Dia Tak Minta Maaf Pun, Saya Dah Maafkan Dia


Amy Search: kalau dia tak minta maaf pun, saya dah maafkan dia, saya sentiasa maafkan dia,” jawabnya tenang.

Sumber oleh Astro Gempak

KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2014: Rasanya tidak wajar Astro Gempak ungkitkan kembali kontroversi yang melibatkan penyanyi rock lagenda, Amy Search dan anaknya Nabila Huda kerana umum sudah mengetahui tentang perkara tersebut.

Namun kesempatan bertemu Amy pada Majlis Berbuka Puasa Air Asia & Air Asia X Isnin lalu, memberi kesempatan kepada Astro Gempak untuk bertanya mengenai perkembangan tentang hubungannya dan anaknya Nabila atau mesra dengan panggilan Abil itu.

Amy Search: Kalau Dia Tak Minta Maaf Pun, Saya Dah Maafkan Dia


Ketika ditanya adakah Abil ada menghubunginya untuk memohon maaf, tenang bapa ini menjawab dia sentiasa maafkan anaknya itu.

“Kalau dia tidak hubungi saya dan minta maaf pun, saya dah maafkan dia…Saya sentiasa maafkan dia,” jawabnya tenang.

Kata Amy lagi, dia sedar amarahnya telah menyebabkan dia mengeluarkan perkataan yang agak kasar namun sebagai seorang bapa yang menyayangi anaknya, dia harus bersikap tegas apabila perihal anaknya diperkatakan orang.

“Saya mahu Abil sedar yang kontroversi yang dicetuskannya akan menyebabkan kariernya terjejas. Saya tidak mahu itu berlaku kerana dia seorang yang berbakat.

“Ramai orang puji lakonan dia dan bakat yang dianugerahkan kepadanya, rugi kalau dia tidak jaga…Bukan saya tidak mahu ambil peduli langsung soal dia, tetapi saya mahu dia lebih bertanggungjawab kepada dirinya sendiri," luahnya.

Tambah Amy lagi dia hanya mahu yang terbaik buat semua anak-anaknya termasuk Nabila, malah katanya pintu rumah sentiasa terbuka untuk Nabila dan tiada sebab untuk dia terus membelakangi kasih sayangnya terhadap anaknya itu.

“Saya dah lama tak jumpa dia. Kali terakhir pada awal muharam tahun lalu…Kalau saya jumpa pun, hanya anak dia sahaja. Kalau dia mahu ke rumah saya, pintu rumah saya sentiasa terbuka untuknya,” kata Amy.

Menjawab pertanyaan Astro Gempak, Amy memberitahu dia tidak tahu Abil sudah memadam kesemua gambar di laman Instagram dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers