Ini termasuk beberapa persoalan menentukan punca nahas, siapa yang bertanggungjawab dan mengenal pasti mangsa.
Negara terlibat mengadakan pertemuan di The Hague, dinaung oleh Eurojust, iaitu agensi kerjasama kehakiman Eropah bagi membincangkan strategi bersama.
Belanda, Australia, Malaysia, Britain, Belgium, Jerman, Filipina, Canada, New Zealand, Indonesia, Amerika Syarikat dan Ukraine setuju membentuk pasukan siasatan.
Namun menurut kenyataan Eurojust, perjanjian rasmi masih belum ditandatangani.
Turut hadir agensi polis tempatan dan antarabangsa Interpol dan Europol.
"Tugasan itu boleh dipertimbangkan.
"Tetapi dengan penyertaan yang ramai saya harap kita dapat bekerjasama dengan efektif dan efisyen untuk membongkar punca nahas dan mencari keadilan untuk 298 mangsa yang terkorban dan ahli keluarga mereka yang bersedih," kata ahli Eurojust Belanda Han Moraal selepas pertemuan itu.
Jurucakap Eurojust Jacalyn Birk berkata, tempat pendakwaan serta peruntukan hukuman yang sesuai akan ditentukan berdasarkan penemuan hasil siasatan.
Pendakwa Belanda kini berada di Ukraine dan meminta Eurojust membantu mengaturkan pertemuan mereka pada Isnin.
Pesawat MH17 ditembak jatuh di kawasan konflik di Ukraine pada 17 Julai dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin lalu menyifatkan tindakan itu sebagai satu jenayah perang. – 29 Julai, 2014.
MENYUSUL LAGI
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.