Beliau berkata jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukar, persoalan besar yang timbul ialah sama ada rundingan itu akan diteruskan atau dibatalkan.
Jika dibatalkan, katanya, ia bukan sahaja menjejaskan bekalan air kepada rakyat Selangor malah penduduk di kawasan Lembah Klang.
"Soal yang boleh timbul, yang rakyat Selangor harus tanya, kalau berlaku perubahan Menteri Besar, (adakah) kontrak yang dipersetujui ini terbatal ataupun tidak diteruskan, langkah-langkah untuk mengambil alih konsesi yang telah dirunding oleh kerajaan Selangor yang sedia ada ini juga terbatal?" katanya.
Muhyiddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu Air Selangor, berkata demikian kepada pemberita semasa Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Media di kediamannya di Muar hari ini.
Beliau berkata kerajaan pusat sedang memerhati keadaan di Selangor dengan rapi kerana semua pihak, khususnya rakyat, mahu politik di negeri itu stabil dan kerajaan pusat juga tidak mahu pelaksanaan projek Empangan Langat 2 terganggu.
Muhyiddin juga berharap hubungan baik yang dijalin Khalid dengan kerajaan pusat dapat diteruskan.
Selain itu, beliau berkata isu berkenaan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat berkaitan hala tuju kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
"Apa akan jadi lepas ni? Khalid disokong oleh PAS tetapi tak disokong oleh pemimpin parti dia sendiri.
"Apakah (jawatan) MB Selangor itu hak milik PKR sahaja ataupun ia diputuskan atas muafakat Pakatan Rakyat?" soal beliau. – Bernama, 29 Julai, 2014.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.