Tegar Ditipu Pengurus Sendiri, Kini Alami Masalah Kewangan

Tegar Ditipu Pengurus Sendiri, Kini Alami Masalah Kewangan

Tegar Ditipu Pengurus Sendiri, Kini Alami Masalah Kewangan


KUALA LUMPUR, 23 MEI 2014: Kehidupan penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar selepas bergelar artis tidak seindah seperti yang disangka apabila dia telah ditipu oleh bekas pengurusnya sendiri.

Tegar atau nama sebenarnya Tegar Septian memberitahu selain hanya diberi makan tempe dan tauhu, sumber kewangannya juga telah disekat.

“Saya tidak dapat membeli apa yang saya inginkan kerana bekas pengurus tidak memberikan wang kepada saya.

“Saya juga hanya diberi makan tempe dan tauhu malah saya telah dilarang untuk pulang ke kampung.

“Semuanya atas alasan supaya saya sentiasa ingat asal usul saya dari mana seperti sebelum saya bergelar penyanyi… Malah lebih teruk lagi semua wang hasil daripada titik peluh saya sendiri telah disekat,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album keduanya berjudul ‘Ke Mana Kasih Sayang’ di Hotel Seri Pasific bertempat di PWTC pada petang Rabu.

Namun penyanyi yang popular dengan lagu ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ ini boleh menarik nafas lega setelah bertemu dengan seorang lelaki yang boleh dipercayai untuk membantu dan menguruskannya.

Sementara tu, menurut pengurus barunya Arif Dollah, sebaik sahaja dia mengetahui masalah yang dihadapi hatinya terpanggil untuk menolong penyanyi berusia 13 tahun itu.

Malah dia juga telah membaca kembali kontrak yang ditawarkan kepada Tegar dan mendapati ia tidak sah.

“Saya sebenarnya kenal Tegar agak lama sejak Disember tahun lalu apabila dia membuat penampilan pertama di Singapura... Waktu itu dia ada persembahan di sebuah ekspo.

"Jadi apabila mendapat tahu masalah yang dihadapinya, saya terpanggil untuk menolong dia… Saya rasa tidak patut apabila seorang anak kecil diperlakukan sebegini rupa.

“Dua bulan lalu saya melarikan Tegar ke Bandung selama seminggu sehingga bekas pengurus tersebut membuat keputusan tidak mahu menguruskannya lagi.

“Saya telah membaca semula kontrak Tegar dan mendapati ia tidak sah! Hal ini membuatkan masalah tersebut lebih mudah untuk diselesaikan.” jelasnya.

Tambah Arif lagi, kini Tegar tiada masalah untuk menggunakan wang hasil pencarian rezekinya malah dia juga telah membeli dua buah motosikal KTN Motocross selain beberapa bidang tanah sawah untuk bapa tirinya serta memiliki tiga gitar akustik dan tiga ukulele.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers