Selepas Lahirkan Baby Girl, Doktor Nasihati Safura Berhenti Mengandung

Selepas Lahirkan Baby Girl, Doktor Nasihati Safura Berhenti Mengandung

Selepas Lahirkan Baby Girl, Doktor Nasihati Safura Berhenti Mengandung

KUALA LUMPUR, 23 MEI 2014: Pada 20 Mei yang lalu bertempat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), seorang bayi comel perempuan seberat 2.55 kilogram telah pun dilahirkan dengan selamatnya.

Bayi perempuan tersebut adalah cahaya mata keempat kepada pasangan pelakon Sahronizam Noor dengan Safura Yaacob. Satu anugerah yang disifatkan cukup berharga buat mereka setelah kehilangan anak sulung mereka pada 2012.

Hal tersebut turut diakui oleh Sahronizam. Namun, kata Sahronizam, selepas kelahiran baby girl ketiga mereka itu, doktor sudah pun menasihati Safura supaya berhenti mengandung.

"Bukanlah sebab apa-apa pun. Tapi, memang ada sedikit komplikasi ketika melahirkan baby kami ini. Mungkin ia disebabkan faktor usianya yang sudah pun mencecah 43 tahun.

"Namun, sepanjang proses melahirkan anak ini, segalanya telah dipermudahkan oleh Allah Taala dan baik Safura mahu bayi kami, kedua-dua berada di dalam keadaan yang sihat dan selamat," katanya kepada portal murai.com.my.

Menurut Sahronizam lagi, pada hari Selasa lalu (20 Mei 2014), Safura sepatutnya pergi menjalani pemeriksaan seperti biasa di HUKM.

"Tapi, setelah mendapati terdapat bukaan sebanyak 2 sentimeter pada rahimnya, maka dia terus ditahan. waktu itu, saya sedang menjalani penggambaran Cinta Ibadat sebanyak 80 episod terbitan NSK Productions untuk Astro Prima.

"Namun, saya sudah maklumkan dari awal kepada pihak produksi bahawa saya sedang menunggu masa untuk menyambut kelahiran baby baru dan seandainya tiba waktu untuk Safura lahirkan saya, minta supaya dibenarkan tinggalkan lokasi untuk berada di sisi Safura.

"Alhamdulillah...Nampaknya mereka sangat-sangat memahami serta tidak berdepan dengan apa-apa masalah mengenai hal tersebut.

"Bila saya saya dapat panggilan telefon daripada pihak hospital memaklumkan mengenai situasi dan keadaan Safura, saya terus bergegas pergi.

"Sekitar jam 5 petang, Safura telah dimasukkan ke bilik bersalin dan sekitar jam 6.52 petang, bayi perempuan kami telah selamat dilahirkan," ceritanya secara panjang lebar.

Jelas Sahronizam lagi, dia dan Safura masih belum memutuskan nama yang sesuai untuk diberikan kepada cahaya mata mereka itu.

"Beberapa pilihan sudah ada, cuma tinggal nak pilih yang sesuai saja. Insya Allah, saya dan Safura juga bercadang untuk mengadakan kenduri Akikah sempena kelahiran bayi kami ini," katanya.

Hasil perkahwinan Safura dengan Sahronizam, mereka telah dikurniakan 4 cahayamata iaitu 3 perempuan dan seorang lelaki (kini 3 selepas anak perempuan pertama meninggal dunia). Safura juga mempunyai 2 lagi cahayamata iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki menerusi perkahwinan terdahulu.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers