Lagu Di Cetak Rompak, Wings Buat Report Polis

Lagu Di Cetak Rompak, Wings Buat Report Polis

Lagu Di Cetak Rompak, Wings Buat Report Polis


KUALA LUMPUR, 23 MEI 2014: Selepas isu lagu terbaharu mereka dicetak rompak, kumpulan lagenda Rock tanahair, Wings telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati pada malam Selasa.

Menurut vokalis Wings, Awie laporan polis dibuat untuk mempertahankan hak mereka selain bertujuan untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak penerbitan mengenai perkara tersebut.

“Pada 17 Mei yang lalu kita tahu empat buah lagu Wings telah dicetak rompak. Ia melibatkan tiga buah lagu baru kami iaitu 'Peti Pandora Mu', 'Ingatkan Dia' dan Bisa Yang Tertunda yang dimuatnaik di Spotify dan sebuah lagu yang sepatutnya menjadi simpanan pihak produksi ‘Hey Lihat Di Sini’ telah ‘bocor’ disebabkan perbuatan individu tidak bertanggungjawab.

“Tiga buah lagu yang telah dimuat naik di Spotify itu dicetak rompak memang kita tak boleh nak halang kerana ia mudah boleh didapati dengan mudah di aplikasi tersebut.

“Tetapi yang menjadi tanda tanya lagu ‘Hey Lihat Di Sini’ yang sepatutnya dijadikan runut bunyi kepada sebuah filem terbitan KRU turut dicetak rompak, sedangkan lagu itu hanya diketahui oleh orang dalam. Macam mana ia boleh berlaku?”, luahnya ketika ditemui semalam.

Kata Awie lagi selepas mengetahui tentang perkara tersebut Joe (gitaris utama Wings) terus memaklumkannya kepada pihak KRU Music menerusi pesanan ringkas (SMS), tetapi tiada sebarang tindakan dibuat oleh pihak terlibat.

“Tiada maklum balas atau tindakan daripada mereka (KRU) sehinggalah pada hari pelancaran album 19 Mei lalu. Jadi kami terpaksa ambil tindakan sendiri dengan membuat laporan polis.

“Jadi sekarang ini semua urusan kami serahkan semua kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan selepas itu barulah kami akan fikirkan tindakan seterusnya", katanya.

Bagaimanapun Awie menafikan wujud unsur sabotaj tetapi jika ada, Wings tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.

Lagu Di Cetak Rompak, Wings Buat Report Polis


Selain itu Awie turut menyatakan kekesalan terhadap perkara ini kerana selepas 13 tahun Wings tidak mempunyai album baru, karya terbaik mereka ‘Menakluk Komos’ ‘dicuri’.

“Kerja keras, penat lelah kami jadi sia-sia…Berpuluh tahun dalam industri muzik tempatan isu cetak rompak masih berleluasa. Kami cari makan dengan album inilah...Tapi, kalau dah kena 'curi' macam mana dengan royalti kami?

"Wings ambil masa yang lama untuk hasilkan album ini. Saya sendiri ambil masa selama setahun untuk pulihkan kembali semangat saya untuk menyanyi. Dan kami sedaya upaya menghasilkan lagu-lagu paling bagus untuk peminat-peminat kami.

"Tapi bila jadi macam ni, saya sangat kecewa. Hari ni empat lagu dicetak rompak, esok lusa? Jika tiada tindakan, mungkin keseluruhan lagu dalam album itu pula jadi mangsa lanun cetak rompak," ujarnya.

Dalam pada itu Awie tidak menafikan cetak rompak bakal menjejaskan penjualan album Menakluk Kosmos tetapi berharap agar para pendengar dan peminat Wings dapat memberi sokongan kepada mereka.

"Semoga pihak berkuasa dapat banteras perkara ini sebaik mungkin dan semua pihak juga haruslah bersatu untuk menangani cetak rompak. Sokongan peminat adalah pemangkin semangat untuk kami meneruskan pejuangan dalam industri ini," ujarnya.

Terdahulu, kelab peminat Wings 'Sayap-Sayap Wings' telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Gombak pada hari yang sama.

iskandarX: is rasa lepas nie Awie Bother Awie patut buka company penerbitan sendiri untuk mengelak cetak rompak nie, ala macam kumpulan nasyid2 tu dorang semua private label company yang terbit yang di tubuh sendiri oleh kumpulan nasyid veteran, ok kan? Hidup rock selamanya!!!!!

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers