KRU Perjelas Isu Cetak Rompak Album Wings, Bakal Buat Laporan Polis!
KUALA LUMPUR, 23 MEI 2014: Setelah kumpulan lagenda Rock tanahair, Wings membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati pada malam Selasa lalu mengenai lagu baru mereka dicetak rompak, kini pihak KRU Music sebagai syarikat penerbitan kepada lagu tersebut pula tampil menjelaskan mengenai isu tersebut.
Pihak KRU Music mengambil langkah untuk menjelaskan isu tersebut ke dalam sebuah video yang diedarkan kepada pihak media dan dimuat naik menerusi Youtube.
Menerusi video berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Norman Abdul Halim telah menjelaskan lebih lanjut mengapa boleh berlakunya cetak rompak terhadap lagu-lagu Wings di dalam album Menakluk Kosmos berkenaan.
Pun begitu, Norman memberitahu di dalam video tersebut semua pihak tidak seharusnya menyalahkan mereka semata-mata kerana ianya di luar kawalan syarikat rakaman juga.
Malah Norman memberitahu pihak mereka juga agak kecewa apabila berlakunya cetak rompak kerana KRU Music juga telah melaburkan duit yang banyak iaitu sebanyak lebih RM200,000 hanya untuk album tersebut.
Berikutan itu, Norman juga telah mengambil keputusan untuk turut membuat laporan polis pada Isnin ini supaya dalang kepada punca berlakunya cetak rompak terhadap lagu itu akan dihukum dengan hukuman yang setimpal.
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu cetak rompak ini, boleh lihat video tersebut di bawah ini:
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.