Hanez Suraya: MAS Sudah Respon Terhadap Saman Yang Difailkan
KUALA LUMPUR, 23 MEI 2014: Pelakon Hanez Suraya mengesahkan pihak Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah pun memberi respon kepada pihaknya sebaik sahaja dia memfailkan saman kepada pihak berkenaan di Mahkhamah Tinggi Shah Alam Selangor semalam.
Pun begitu, Hanez tidak mahu memberi sebarang komen kerana ianya masih dalam kes mahkamah.
"Menurut peguam saya, MAS sudah memberi respon kepada saman yang saya failkan. Saya pun pelik cepat pula mereka respon sedangkan sebelum ini kami sudah beri masa sebulan untuk penjelasan segalanya tetapi gagal sehingga memaksa kami failkan saman di mahkamah.
"Itu sahaja saya boleh beritahu, mengenai perkara lebih lanjut saya tak dapat dedahkan apa-apa.
"Tunggulah, sehingga kes ini disebut di Mahkamah kelak yang saya sendiri tak pasti bila," jelasnya ringkas.
Hanez ditemui selepas dia hadir di Majlis Persembahan Fesyen Raya dari Wanpa yang berlangsung serentak dengan Ramadhan Prebiu Warisan Kampung, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.
Pelakon Autunn Di Hatiku itu dan kekasihnya, Romie Razin Adilha Abd Jais, memfailkan saman terhadap MAS semalam atas dakwaan mendedahkan tiket penerbangan mereka ke Bangkok, Thailand di laman sosial, April lalu.
Saman tersebut difailkan menerusi Tetuan Harjit Sandhu menerusi kaedah e-filling di pejabat Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.
Hanez dan Romie dalam pernyataan tuntutan mendakwa mereka menggunakan perkhidmatan MAS ke Bangkok dan berlepas daripada pintu G8, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi pesawat MH0788.
Sebelum menaiki pesawat berkenaan, mereka mendakwa menyerahkan tiket penerbangan kepada tiga petugas di pintu tersebut.
Selepas beberapa jam mendarat di Bangkok, mereka turut mendakwa telah dimaklumkan keratan tiket penerbangan tersebut telah dimuat naik ke dalam akaun Facebook "Kami Sokong Liyana Manan" dan mendapati lebih 1,000 komen negatif berbaur cemuhan serta cacian.
Mereka mendakwa tindakan defendan mendedahkan tiket penerbangan tersebut ke laman sosial adalah tidak beretika dan melanggar Akta Pelindungan Data Peribadi (APDP) 2010.
Hanez dan Romie sebagai plaintif telah menghantar surat pada 21 April kepada MAS untuk meminta penjelasan mengenai pelanggaran APDP itu.Pada 29 April, peguam yang mewakili kedua-dua plaintif menerima surat daripada defendan agar meminta salinan tiket tersebut diserahkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.
Salinan tersebut telah diserahkan keesokan harinya dan pada 8 Mei 2014, plaintif telah menghantar surat kepada defendan bagi memberi masa sehingga 12 Mei untuk memberi jawapan, namun sehingga kini masih tidak menerima sebarang jawapan.
Plaintif mendakwa mereka mengalami gangguan dan tekanan emosi akibat perbuatan tidak beretika.Oleh itu, Hanez dan Romie dalam samannya terhadap defendan menuntut ganti rugi am, teladan, teruk, kos dan apa-apa perintah relief yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.