Hanez Saman MAS Kerana Dedahkan Tiket Penerbangan Bersama Kekasih

Hanez Saman MAS Kerana Dedahkan Tiket Penerbangan Bersama Kekasih

Hanez Saman MAS Kerana Dedahkan Tiket Penerbangan Bersama Kekasih


KUALA LUMPUR, 22 MEI 2014: Pelakon Hanez Suraya telah memfailkan saman terhadap Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) atas dakwaan mendedahkan tiket penerbangannya bersama kekasih, Romie Razin Adilha ke Bangkok, Thailand di laman sosial pada April lalu.

Tindakan itu diambil Hanez kerana merasakan hak peribadi dan keselamatannya telah diceroboh.

Menerusi laporan mStar Online, Hanez, 28, dan Romie, 34, mendakwa beberapa jam selepas mendarat di Bangkok pada 20 April lalu, mereka dimaklumkan oleh rakan-rakan yang sebahagian daripada salinan pas masuk mereka telah muncul di akaun Facebook yang dikenali sebagai "Kami sokong Liyana Manan", di mana Liyana adalah isteri kepada Romie dan mereka sedang dalam proses perceraian.

“Saya mengambil tindakan atas dasar privasi. Perkara ini tidak patut berlaku kerana pihak tersebut merupakan sebuah syarikat penerbangan gergasi. Pihak mereka tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan tidak boleh melakukan perkara tersebut,” jelas Hanez dalam satu kenyataannya.

Hanez Suraya berkata, mereka menaiki penerbangan MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bangkok pada tengah hari dan mereka telah memberikan pas penerbangan kepada kakitangan MAS di pintu masuk berlepas.

Bagaimanapun selepas itu mereka menemui akaun Facebook yang mempunyai lebih 1,000 komen negatif mengejek mereka.

Mereka turut mendapati gambar-gambar pas masuk berkenaan tersebar secara meluas dalam laman sosial, blog dan akhbar-akhbar tempatan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.

Pelakon, Autumn Di Hatiku itu berkata dia mengambil tindakan undang-undang setelah Hanez gagal mendapatkan kerjasama daripada pihak MAS.

"Apabila perkara ini terjadi, saya dan peguam cuba berbincang dengan pihak MAS terlebih dahulu untuk menyelesaikan perkara ini secara baik. Namun begitu, usaha yang saya lakukan gagal mendapat kerjasama.

"Kalau boleh saya memang tak mahu membesarkan cerita. Tak mahu pun ambil tindakan undang-undang. Tapi dalam masa sebulan, usaha saya untuk berbincang bersama mereka gagal. Persoalan saya tidak dijawab oleh mereka dan mereka tak memberi saya kerjasama. Saya tidak boleh berdiam diri,” jelasnya lagi.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers