Datuk A Rahman Hassan Terima Kunjungan Rais Yatim
Pada petang 25 Februari lalu, kira-kira pada pukul 3.30 petang, Datuk A. Rahman Hassan rebah ketika sedang duduk di dalam Lambang sari, Istana Budaya sebelum sempat disambut oleh tetamu yang berada di sebelahnya.
Penyanyi itu dikejarkan ke HKL dengan sebuah ambulans dan telah menghabiskan masa selama 2 minggu di hospital sebelum pulang ke rumahnya kini di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang.
"Saya baru sahaja keluar HKL minggu lalu dan doktor menasihatkan agar berehat di rumah selama dalam proses pemulihan iaitu kira-kira lima hingga enam bulan," katanya ketika ditemui pada program lawatan Pengasas Yayasan Warisan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim ke kediamannya di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang, di sini, Rabu.
Penyanyi era 60-an ini mengakui dia lebih menghargai kesihatan tubuh badan dan akan berehat selama lima hingga enam bulan sebelum pulih sepenuhnya dan kembali aktif.
"Saya tidak boleh bangun dan mereka menyuruh saya buang air kecil dan besar dari atas katil tetapi saya tidak mahu dan menyuruh anak-anak menolong saya ke tandas.
"Sehingga beberapa hari saya gagahkan juga diri untuk berjalan perlahan-lahan sendiri ke tandas, saya sentiasa fikir bahawa saya boleh lakukannya sendiri," katanya.
Selain itu, penyakit strok tersebut membuatkan dia kurang daya imbangan badan dan sukar untuk berjalan. Sementara itu, pada majlis tersebut, Datuk A.Rahman turut menerima sumbangan ikhlas daripada pihak Yayasan Warisan Negara sebanyak RM5,000 dimana acara turut dihadiri Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.