Datuk Rosyam, Erra & Nora Danish Bakal Semarakkan Selawat Perdana 1435h
Orang ramai dijemput hadir ke Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya jam 8 malam pada 21 Mac (Jumaat) ini untuk menyemarakkan lagi program ‘Selawat Perdana 1435H’ anjuran Sekretariat Selawat Perdana.
Program keagamaan bercorak santai bertemakan kesatuan, perpaduan dan persaudaraan ini turut mendapat sokongan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam.
Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia selaku Setiausaha Sekretariat Selawat Perdana, Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, pihaknya menyasarkan seramai 500,000 orang untuk bersama-sama merealisasikan program berkenaan.
“Program ini diadakan untuk memupuk perhubungan sesama manusia yang berterusan tanpa mengira keturunan, darjat dan warna kulit, bahasa dan lain-lain.
“Tujuan lain program ini diadakan adalah untuk mendoakan misi pencarian pesawat MH370 serta keselamatan dan kesejahteraan semua 239 penumpang termasuk anak kapal yang hilang, sejak Sabtu lalu.
“Pengisian program ini membabitkan budaya selawat, zikir dan qasidah yang mengajak umat Islam untuk mengingati Allah dan Rasulullah SAW sekali gus dapat menjadi pemangkin perpaduan umat Islam di sini.
“Ia juga untuk menyatukan seluruh umat Islam di negara ini untuk memupuk perasaan mahabbah iaitu cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui qasidah,” katanya yang ditemui pada majlis sidang media program Selawat Perdana 1435H - Malam Cinta Allah dan Rasul yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Damansara baru-baru ini.
Hadir sama, penasihat Sekretariat Selawat Perdana, Datuk Noh Gadut.
Lebih menarik, program ini menampilkan ikon agama nusantara dan pendakwah terkenal yang bukan calang-calang iaitu Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf dan tausiyah pula bakal disampaikan penceramah bebas yang juga imam muda dan pencetus ummah, Habib Ali Zaenal Abidin.
Tidak ketinggalan, penampilan kumpulan nasyid terkenal tanah air seperti In-Team, Al Mawlid dan finalis program Imam Muda dan Pencetus Ummah.
Penganjuran program Selawat Perdana 1435H - Malam Cinta Allah dan Rasul turut disemarakkan dengan kehadiran barisan selebriti terkenal tanah air seperti Adira, Datuk Rosyam Nor, Aziz M Osman, Zizan Razak dan Mawi.
Turut serta adalah selebriti seperti Nora Danish, Erra Fazira, Shahir, Nabil Ahmad, Rita Rudaini, Johan As’ari, Hazama, Fizz Fairuz, Angah Raja Lawak, Jep Sepahtu, Tomok, Zahida Rafik, Irma Hasmie, Faizal Ismail, Puteri Sarah Liyana, Mila Jirin, Yatt Hamzah, Dazrin Kamaruddin, Abby Nazri, Adam AF, Corrie, Siti Nordiana, Atie AF, Fiify Natasha dan ramai lagi.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.