Ruri Repvblik Dedahkan Sandiwara Cinta Adalah Kisah Benar Peribadinya

Ruri Repvblik Dedahkan Sandiwara Cinta Adalah Kisah Benar Peribadinya
Ruri Repvblik Dedahkan Sandiwara Cinta Adalah Kisah Benar Peribadinya

Ruri Repvblik Dedahkan Sandiwara Cinta Adalah Kisah Benar Peribadinya


Vokalis Band Indonesia, Repvblik iaitu Ruri mendedahkan yang lagu kumpulannya yang semakin popular di Malaysia iaitu Sandiwara Cinta merupakan lagu yang mengisahkan pengalaman cinta peribadinya.

Ruri atau nama sebenarnya Ruri Herdian Wantogio adalah pencipta sepenuhnya lagu ini dan dia mencipta lagu tersebut sebaik sahaja hubungan cintanya dengan bekas kekasih berakhir pada tahun 2011.

"Sebenarnya lagu ini merupakan kisah cinta saya yang berakhir pada tahun 2011. Saya baru dapat tahu kekasih saya sebenarnya sudah mula curang sejak kami bersama 2 tahun lalu.

"Saya kemudian mengambil keputusan untuk memutuskannya kerana tidak sanggup hendak melihat sandiwaranya lagi. Hubungan kami berakhir begitu sahaja walaupun bekas kekasih saya ada menghubungi saya selepaa itu untuk berkawan kembali.

"Idea datang mencurah-curah selepas saya dan dia berpisah. Saya dapat rasa saya lebih mudah berkarya selepas putus cinta.

"Saya rakamkan kisah ini dalam bentuk lagu kerana bagi saya lagu-lagu sebegini lebih mudah dan dekat dengan hati sesiapa sahaja yang bercinta," katanya kepada murai.com.my selepas showcase dan pelancaran single terbarunya itu di Hotel Royale Chulan, semalam.

Repvblik yang ditubuhkan pada 24 Mac 2004 telah dianggotai oleh 5 orang ahli iaitu Hexa (gitar) , Lafi (bass), Tyar (keybord, drum) , Ei (gitar utama) dan termasuk vokalisnya Ruri.

Ruri memberitahu lagi Repvblik pernah mengunjungi Malaysia dan mempromosikan single Hanya Ingin Kau Tahu pada tahun 2008, namun kehadirannya waktu itu kurang mendapat sambutan seperti lagu Sandiwara Cinta.

"Kami tak sangka lagu Sandiwara Cinta boleh mendapat sambutan yang begitu menggalakan. Malah kumpulan kami lebih dikenali berbanding pada pertama kali kami ke sini.

"Saya harap kami terus mendapat sokongan peminat di Malaysia, lebih-lebih lagi untuk album kami seterusnya yang dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan,"jelasnya lagi.

Repvblik yang bernanung di bawah MVM Productions itu telah melahirkan 4 album iaitu Punya Arti, Hidupku Dijalanmu, Aku Dan Perasaan Ini dan Transisi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers