Pencetus Ummah Cungkil Pendakwah Moden

Pencetus Ummah Cungkil Pendakwah Moden
Pencetus Ummah Cungkil Pendakwah Moden

Pencetus Ummah Cungkil Pendakwah Moden


Tidak dinafikan dewasa ini program-program berbentuk ceramah agama sering menjadi tumpuan umat Islam lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan penceramah-penceramah bebas yang hebat seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan sebagainya.

Oleh itu, pihak Astro Oasis telah mengambil inisiatif menyiarkan sebuah program berjudul Pencetus Ummah yang membawakan penonton merasai pengalman menonton 12 peserta yang menggunakan pelbagai cara kreatif dalam menyampaikan dakwah.

Ianya merupakan sebuah program realiti Islamik terbaru yang bertemakan ‘Duniaku Dakwahku’ dengan pelbagai cara kreatif yang tidak disangka boleh disimbolkan sebagai duniaku di mana para peserta program berusaha menggunakan pelbagai platform yang wujud dalam dunia untuk membawa mesej Islam dalam dakwah kepada manusia sejagat.

Minggu pertama Pencetus Ummah menyaksikan 12 peserta diberikan tema ‘Lagu’ untuk menguji kemampuan mereka mengulas lebih lanjut tentang apa yang dimaksudkan dengan muzik dan lagu mengikut hukum agama dan syarak.

Mengikut teguran yang diberikan oleh tiga juri tetap iaitu Ustaz Datuk Hassan Mahmood, Ustaz Kazim Elias dan Abby Fana rata-rata menekankan gaya persembahan dan penggunakan hadith-hadith Al-Quran perlu bertepatan dengan apa yang sedia ada supaya ianya tidak mengelirukan para penonton.

Beberapa peserta seperti PU Fakhrul, PU Razi, PU Shahrul dan PU Yeop menampakkan kematangan dan keyakinan yang tinggi dalam menyampai dakwah mereka dengan jelas dan mudah. Malah gaya percakapan dan interaksi bersama para penonton yang bagus memberi kelebihan buat mereka berempat untuk menerima pujian daripada tiga juri utama.

Nasib tidak menyebelahi PU Salman, PU Fidz dan PU Izzat yang terpilih sebagai antara tiga peserta yang mendapat undian terendah di minggu pertama Pencetus Ummah. Tiada penyingkiran yang berlaku pada minggu pertama sebaliknya minggu kedua Pencetus Ummah menyaksikan salah seorang daripada tiga mereka ini bakal meninggalkan terus 11 peserta yang lain.

Siapakah yang bakal tersingkir pada minggu hadapan? Jangan lupa untuk terus menyokong dan menonton program Pencetus Ummah ‘ Duniaku Dakwahku’ dengan tema ‘Keratan Akhbar’ di minggu kedua bermula jam 9 malam di saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).

Comments

  1. merasa jugak i ter'masuk' dlm PU ni walaupun kat slot prolog je... :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers