Liyana Jasmay Mahu Cipta Lagu Buat Anak |
Liyana Jasmay Mahu Cipta Lagu Buat Anak
Meskipun baru empat bulan bulan hamil akan bayi sulungnya, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay akui sudah berhasrat untuk mencipta lagu buat anaknya yang bakal lahir pada pertengahan tahun hadapan itu.
Liyana berkata dia gemar mencipta lagu untuk orang yang disayangi seperti sebelum ini dia telah pun mencipta lagu khas buat suaminya, Fathuddin Mazlan yang berjudul Cinta Bersatu.
“Jika sebelum ini saya pernah mencipta lagu untuk suami, mengapa tidak saya mencipta untuk anak saya yang bakal lahir ini. Sebenarnya, saya baru sahaja terfikir untuk mencipta lagu buat anak saya nanti.
“Namun ia masih dalam perancangan. Mungkin juga lagu khas untuk anak saya ini akan dimuatkan dalam album kedua saya yang kini sedang dalam proses rakaman,” katanya kepada murai.com.my selepas majlis pelancaran lagu OST Papadom 2, baru-baru ini.
Sementara itu, Liyana memberitahu, dia mengalami alahan teruk pada tiga bulan pertama kandungannya namun keadaan itu sudah beransur pulih.
Namun, jelas Liyana, dia dapat merasakan dialah orang yang paling beruntung ketika ini apabila mendapat perhatian yang lebih dari suaminya.
“Terus-terang saya beruntung ada suami macam Fathuddin kerana dia prihatin tentang saya dan melayan saya bagaikan seorang puteri.
“Biarpun dia bekerja jauh di Sabah, namun dia tetap akan pulang setiap hari minggu ke Kuala Lumpur untuk bersama saya. Malah, jika dia terlalu risaukan saya, dia akan segera pulang tak kira masa,” jelasnya.
Liyana dan Fathuddin Mazlan mendirikan rumah tangga pada 2 Februari 2013.
Twitter Success
terima kasih singgah yer? kalau ikutkan Shella Majid kowt yang nyanyikan lagu khas untuk anak dier, tajuk Lagenda, tapi lagu tu dorang buat lagu tema mengenangkan Allahyarham Tan Sri. P.Ramlee. Tapi apa pun dorang semua tu best sebab sayang anak dorang.
ReplyDelete