Mlm 2013: Perjuangan Tulang Hanya Sampai Di Minggu Kedua

Mlm 2013: Perjuangan Tulang Hanya Sampai Di Minggu Kedua
Mlm 2013: Perjuangan Tulang Hanya Sampai Di Minggu Kedua


Mlm 2013: Perjuangan Tulang Hanya Sampai Di Minggu Kedua


Selepas penyingkiran kumpulan Gerak minggu lalu, minggu kedua Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) malam tadi menyaksikan kumpulan Tulang pula terpaksa meninggal Gelanggang MLM 2013 apabila mereka diumumkan sebagai peserta kedua yang tersingkir.

Kumpulang Tulang yang dianggotai oleh Along, Didie Alias dan Soya terpaksa meninggalkan MLM 2013 selepas mendapat markah terendah berbanding 14 peserta lain yang turut bersaing. Penyingkiran Tulang diumumkan oleh salah seorang juri tetap MLM 2013 iaitu Luna Maya.

Selain Tulang, turut mendapat markah terendah pada malam tadi ialah kumpulan Mamu dan kumpulan Kucai. MLM 2013 minggu menyaksikan para peserta membawakan persembahan lawak yang bertemakan cerita rakyat.

Sepahtu, Nabil dan Jambu nampaknya terus menjadi peserta favourite pada malam tadi berdasarkan komen juri dan sambutan dari penonton.

MLM 2013 minggu kedua telah berlangsung dari Dewan MBSA, Shah Alam dan dihoskan oleh pengacara yang tidak asing lagi, Dato` AC Mizal.

Selain bintang Indonesia, Luna Maya sebagai juri, turut bertindak selaku juri pada malam itu juga ialah Datuk Yusof Haslam, artis dari Singapura iaitu Sheikh Haikel, dan aktres comel, Nora Danish.

Sebanyak 15 peserta telah membuat persembahan pada malam tadi dan selain Tulang yang tersingkir, turut bersaing ialah Mamu, Zero, Jambu, Boboi, Shiro, SayWho, Wala, Comey, Nabil, Osama, Bocey, Sepahtu, Kucai dan SYJ.

Juara Maharaja Lawak Mega 2013 akan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.

Teruskan mengundi peserta kegemaran anda dan jangan lupa menyaksikan persaingan MLM 2013 minggu ketiga pada minggu hadapan.


Blogging Fusion Blog Directory

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers