Hantu Tok Mudim Ada Unsur Komedi Zombie Kampung Pisang

Hantu Tok Mudim Ada Unsur Komedi Zombie Kampung Pisang
Hantu Tok Mudim Ada Unsur Komedi Zombie Kampung Pisang


Hantu Tok Mudim Ada Unsur Komedi Zombie Kampung Pisang


Penerbit :Showbiz Productions Sdn Bhd

Pengarah : Waan Hafiz

Penulis : Nurulsyahida Fadzil

Pelakon :Izzue Islam, Soffi Jikan, AR Badul, Harun Salim Bachik, Adrea Abdullah

Tarikh Tayangan : 21 November 2013

Logline: Kampung Seri Menawan gempar apabila diserang kebangkitanHantu Tok Mudim.

Ulasan Penulis:

Melihat dari sudut sinematografi dan jalan cerita, filem Hantu Tok Mudim ini boleh disifatkan lebih ke arah kejayaan filem komedi Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Malah, banyak babak dalam filem ini mengingatkan penonton kepada filem Zombie Kampung Pisang.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada pihak produksi dengan menampilkan interaksi bersama peminat yang banyak melibatkan pelakon bersama penonton filem ini.

Menyentuh dari segi lakonan, penulis tidak hairan dengan lakonan yang dipamerkan oleh AR Badul, Harun Salim Bachik dan Soffi Jikan. Sungguhpun lakonan mereka dalam filem sebelum ini amat bagus tetapi tidak bagi filem Hantu Tok Mudim.

Mungkin itu yang diinginkan pengarah filem. Bagi penulis, adakala lakonan lawak yang dipamerkan seperti tidak natural dan dibuat-buat saja.

Masalah ini jelas kelihatan pada lakonan Izzue Islam dan Adrea Abdullah. Pun begitu, pada keseluruhannya, lakonan Izzue dan Adrea boleh dikategorikan sebagai memuaskan saja dan perlu tingkatkan lebih banyak peningkatan.

Mungkin Izzue lebih sesuai jadi hero romantis berbanding hero komedi. Adrea pula lebih seseuai watak antogonis berbanding perempuan gedik yang tidak sebati dengan dirinya.

Apa sekalipun, filem ini amat sesuai ditonton untuk melepaskan tekanan. Dalam masa yang sama, penonton boleh ketahui info adat berkhatan yang dilakukan di kampung.

Sinopsis:

Tok Mudim, seorang jurukhatan terhebat di Kampung Seri Menawan. Kehebatannya tercalar dek kerana penangan cinta tiga segi pembantunya, Lebai Kulup, Salmah, dara pujaan kampung dan juga Borhan, anak manja Tok Penghulu Abohrudin yang memiliki rahsia peribadi.

Demi cintanya terhadap Salmah, Borhan akhirnya mahu berdepan dengan fobia lampaunya bertemu dengan Tok Mudim bersama Tok Penghulu Abohrudin untuk satu operasi rahsia. Tetapi malangnya, Lebai Kulup yang mencemburui Borhan telah mencuri dengar tentang rahsia Borhan dan merancang sabotaj untuk operasi malam tersebut.

Malam dinantikan tiba, kehebatan Tok Mudim teruji dengan ‘keliatan’ luar biasa Borhan. Kegagalan operasi malam itu, mengakibatkan Tok Mudim menjadi buruan penduduk Kampung Seri Menawan. Tok Mudim melarikan diri ke dalam hutan sehingga menyebabkan Tok Mudim jatuh ke dalam perigi dan mati di tempat kejadian.

Bermulalah tragedi ngeri, yang mula menghantui Kampung Seri Menawan apabila Hantu TokMudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung tersebut

http://boingboing.net/

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers