Kenapa Oh My Ganu! Pilih Zizan Dan Dialek Terengganu?

Kenapa Oh My Ganu! Pilih Zizan Dan Dialek Terengganu?
Kenapa Oh My Ganu! Pilih Zizan Dan Dialek Terengganu?

Kenapa Oh My Ganu! Pilih Zizan Dan Dialek Terengganu?


Kemunculan pelawak Zizan Razak dalam telefilem Oh My Ganu! mengundang spekulasi bahawa pihak penerbitan sengaja ingin mengunakan populariti yang dimiliki oleh pengacara #AF2013 ini.

Malah, ramai yang kurang senang dengan pemilihan dialek Terengganu yang dipilih pihak produksi Oh My English (OME) bagi menjawab tanda tanya yang dibangkitkan dalam episod kemuncak OME musim yang kedua.

Menjawab spekulasi ini, Naib Presiden Bahagian Gen Next Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin menafikan dakwaan tersebut sebaliknyamempunyai alasan kukuh dengan pemilihan Zizan dan dialek Terengganu.

“Sebaik saja tamat episod kemuncak itu, kami ada menjalankan kajian di internet. Kami membuat survey kepada penonton setia OME siap ayang mereka mahu Mr Middleton pilih untuk bercinta.

“Dari keputusan survey itu, ramai memilih Cikgu Ayu.  Oleh itu, Dialek Terengganu dan Zizan pula dipilih sebab Cikgu Ayu lakonan Tiz Zaqyah berasal dari Terengganu,” jelasnya.

Apa yang pasti, kesemua pelakon telefilem ini agak sedikit kekok kerana membuat penggambaran luar studio dan tidak seperti OME yang membuat rakaman dalam studio.

Bagaimanapun, Oh My Ganu! ternyata menghiburkan dengan memaparkan hampir keseluruhan lokasi dibuat di Terengganu.

Oh My Ganu!, menyaksikan adegan mencuit hati pelajar 3 Merah bersama guru kesayangan mereka Mr. Middleton (Zain Saidin) yang mencari Cikgu Ayu (TizZaqyah) di kampung halaman.

Mr. Middleton dihalang ketika cuba memikat hati Cikgu Ayu semasa dia bertemu seorang jutawan kampung, Zizang dan Aiman (Izzue Islam). Berjayakah Mr. Middleton dan para pelajar kelas 3 Merah?

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton telefilem khas kesinambungan daripada siri Oh My English! ini yang bakal disiarkan pada 27 November 2013, jam 9 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak di Astro Maya HD (Saluran 135).

Telefilem ini juga boleh ditonton oleh pelanggan NJOI, menerusi Astro Prima (Saluran 105) pada jam 9.30malam pada hari yang sama.

Layari laman rasmi Oh My English! diwww.ohmyenglish.com.my untuk maklumat lanjut atau mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif dan kandungan-kandungan lain.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers