Izzue Jawab Isu Queen Control, Adrea Pula Nafi Gila Seksi!

Izzue Jawab Isu Queen Control, Adrea Pula Nafi Gila Seksi!
Izzue Jawab Isu Queen Control, Adrea Pula Nafi Gila Seksi!


Izzue Jawab Isu Queen Control, Adrea Pula Nafi Gila Seksi!


Pasangan hero dan heroin filem Hantu Mok Mudim iaitu Izzue Islam dan Adrea Abdullah sempat meluangkan masa seketika untuk menjawab pelbagai isu berkaitan diri mereka menerusi ruangan Murai TV.

Apa yang pasti, Izzue agak terkejut apabila dicop sebagai suami yang dikawal isteri atau queen control disebabkan isterinya iaitu Awin adalah pengurus peribadinya.

Malah, Izzue juga telah menjelaskan lebih terperinci tentang status dirinya dalam kumpulan Forteen yang dianggap sebagai hanya tempelan saja.

Dalam pada itu, Adrea yang sudah hampir 10 tahun dalam industri hiburan menyangkal dakwaan bahawa dia suka mencari publisiti murahan dengan sentiasa berpakaian seksi setiap kali berada dalam majlis hiburan.

Tambah menarik, Adrea tidak sorok dengan status dirinya yang sudah lama bergelar janda anak satu.

Selain daripada isu panas ini, Izzue dan Adrea turut berkongsi pengalaman menarik sepanjang penglibatan dalam penggambaran filem Hantu Tok Mudim yang mula ditayangkan di pawagam pada 21 November lalu.

Ketahui segala jawapan eksklusif kedua figura cantik ini dengan menonton video Murai TV sekarang bersama Ajieb Rosdi.


MURAI TV: Izzue Mangsa Queen Control, Adrea Pula Nafi Gila Seksi?







http://www.visitorsdetails.com/blogscounter.html

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers