Adeline Tsen Tunaikan Impian Bapa, Kurus Kerana Stress

Adeline Tsen Tunaikan Impian Bapa, Kurus Kerana Stress

Adeline Tsen Tunaikan Impian Bapa, Kurus Kerana Stress
Adeline Tsen Tunaikan Impian Bapa, Kurus Kerana Stress

Demi segulung ijazah, Adeline Tsen mengambil keputusan untuk memberikan tumpuan lebih kepada pengajiannya dalam bidang perakaunan di sebuah institusi pengajian tinggi awam.

Dek kerana pengorbanan gadis berasal dari Sabah ini untuk masa depannya itu, ramai yang menyangka dia telah meninggalkan dunia seni yang merupakan minat utamanya selain impian untuk bergelar akauntan bertauliah.

Aktres yang mula dikenali melalui drama bersiri Hotel Mania itu memberitahu Murai.com.my tentang rencana perjalanan hidupnya dan karier seni ketika dihubungi setelah kemunculannya di sebuah acara anugerah menjadi perhatian.

“Peluang serta jalan untuk saya dalam dunia seni ini telah terbuka dan tidak semudahnya saya akan meninggalkannya tanpa sebab. Walaupun ada ketika bapa saya tidak begitu menyokong karier saya dalam bidang seni tetapi saya telah buktikan kepadanya dengan menamatkan pengajian dalam bidang perakaunan seperti yang diharapkan.

“Bapa saya membantah diawal penglibatan saya kerana bimbang akan ditipu dan sebagainya, tetapi kerana saya tahu dan yakin beserta minat dalam dunia lakonan dan nyanyian saya teruskan juga. Tanpa bantuan saya berjaya penuhi impian saya dan dalam masa yang sama tunaikan janji kepada ayah saya.

“Lebih kurang setahun saya tumpukan masa dalam pengajian saya dan kini saya telah pun memiliki ijazah dalam bidang perakaunan. Ini adalah jaminan buat masa depan saya. Manalah tahu nanti tiada lagi rezeki dalam bidang seni, saya akan gunakan pendidikan yang saya ada ini untuk teruskan kehidupan,”ujar Adeline yang nyata meletakkan pendidikan sebagai keutamaanya walaupun inginberjaya dalam dunia seni.

Bercakap mengenai penampilannya yang semakin menyerlah, Adeline yang merupakan bekas atlit itu menceritakan bagaimana dia kelihatan lebih kurus daripada sebelumnya. Selain daripada faktor pemakanan, tumpuan ketika menghabiskan pengajian di peringkat ijazah itu menyumbang kepada transformasi tersebut.

"Sejak enam bulan lalu boleh dikatakan saya kerap makan makanan pedas. Saya bukanlah jenis suka makan pedas, tapi sesekali saja nak tukar selera. Tapi bila saya makan makanan pedas, saya asyik ke tandas saja dan sampai jumpa doktor rupanya ada gastrik.

“Selain itu dulu masa nak final exam dan bermacam komitmen ketika belajar, saya berikan tumpuan penuh sampai lupa nak makan dan tekanan ketika itu juga antara penyebab susutnya berat badan saya,”tambahnya lagi.

Buat masa ini Adeline sibuk memenuhi tawaran berlakon kerana kini bapanya sudah boleh menerima minat utama anaknya itu walaupun masih berharap Adeline akan menjadi seorang akauntan professional. Aktres berusia 27 tahun itu kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama 60 episod, Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers