Bahayanya Wanita Beri Peringatan Tentang Martabat Kaum Wanita
Bahayanya Wanita Beri Peringatan Tentang Martabat Kaum Wanita |
Bagaimana jelas dan terangnya tajuk pementasan terbaru hasil tulisan sutradara terkenal, Erma Fatima yang diberi judul Bahayanya Wanita, begitu juga mesej utama yang ingin diketengahkan dalam teater ini lebih santai dan tidak terlalu berat untuk dihadam oleh penonton.
Tampil di atas pentas dengan watak Suti Lambung, janda berketurunan jawa yang digilai si romeo tua beristeri tiga lakonan Zizan Razak, Erma merasakan tajuk yang dipertaruhkan mempunyai elemen komedi serta disebalik ia juga merupakan realiti dalam kehidupan kita seharian.
Mula dipentaskan pada 20 Disember lalu, teater arahan Bombay atau Zamberi Shari ini mempunyai tarikan tersendiri serta tampil dengan mesej positif selain daripada barisan pelakon handalan yang mewarnai Panggung Sari, Istana BUdaya sehingga 31 Disember ini.
“Saya rasakan tajuk itu bukan sahaja senang untuk difahami, ia juga ingin memberitahu umum bahawa wanita itu ada kuasanya sendiri. Kerana jika tidak, tiadalah pepatah mengatakan tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia.
“Walaupun banyak elemen komedi tetapi penuh dengan mesej yang cuba dikaitkan dengan realiti rumahtangga yang berlaku di negara ini serta kisah-kisah yang melibatkannya.
“Watak Syed Maadon Al-Sidek bukanlah karektor asing dalam masyarakat kita, begitu juga watak isteri-isterinya, Sharifah Fatimah Maruka, Kamelia dan Farhana yang dibawakan oleh Umie Aida, Erra Fazira dan Nora Danish (Lana Nordin),”ujar Erma yang turut membuat penampilan sebagai Suti Lambung, isteri keempat Syed Maadon.
Menggunakan nama-nama besar di dalam pementasan memberikan kelebihan serta diakui sendiri oleh pengarah bahawa dia berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh pemain-pemain yang terlibat dalam pementasa Bahayanya Wanita itu.
"Alhamdulillah pada malam ini semua berjalan lancar dan pelakon telah melaksanakan tugas mereka dengan memainkan peranan mereka di atas pentas dengan baik. Tidak sukar untuk bekerjasama dengan mereka walaupun ada diantaranya sibuk dengan komitmen lain.
“Namun begitumasing ada ruang yang boleh diperbaiki bagi melicinkan lagi pementasan kali ini daripada segi teknikal yang mengambil kira pengurusan pentas serta dari segi audio dan pencahayaan.
“Diharapkan Bahayanya Wanita dapat diterima sekaligus memberikan impak kepada mereka yang datang menonton dengan mesej-mesej berkaitan hal rumahtangga dan poligami,” ucap Bombay yng diberi tanggungjawab untuk mengarahkan naskhah daripada Erma Fatima ini.
Selain daripada Zizan Razak, Umie Aida, Erra Fazira, Nora Danish, pementasan muzikal ini tampil mempertaruhkan Johan Asaari, Ziela Jalil, Rosminah Tahir, Syanie, Haliza Misbun, dan ramai lagi termasuk Lana Nordin sebagai setiausaha yang turut menggantikan watak Nora Danish bagi dua malam yang mana Nora Danish terlibat sebagai juri di Maharaja Lawak Mega.
Teater ini turut mempersembahkan sebanyak 18 buah lagu nyanyian pelakon-pelakon tersebut dengan lirik yang ditukar mengikut kesesuaian jalan cerita.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.