Lana Nordin Mohon Diberi Masa, Bakal Tunai Umrah
Lana Nordin Mohon Diberi Masa, Bakal Tunai Umrah |
Pendedahan aktor Johan ‘As’ari mengenai kisah cinta antara dia dan Lana Nordin telah mengundang pelbagai reaksi peminat dan ramai pihak tidak menyangka aktres kontroversi dan seksi itu adalah wanita yang berada di hati Johan ‘As’ari.
Lana pula yang menerima tempias dek pengakuan tersebut memilih untuk positif dengan segala persepsi yang dilemparkan kepadanya terutama sekali berkaitan penerimaan keluarga aktor tersebut yang nyata digembar-gemburkan.
Namun bagi Lana, sebagai perempuan dia menyerahkan kepada Johan untuk sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka . Tambahnya, masih terlalu awal untuk dia bertemu keluarga serta bercakap mengenai hubungan yang masih diperingkat mengenali hati budi masing-masing.
“Saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan mengenai hal tersebut kerana masih terlalu awal untuk memperkatakan hal ini. Memang Johan sudah pernah berjumpa dengan keluarga saya kerana berkesempatan tempoh hari sebelum kami masing-masing sibuk.
“Berikan kami masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi masing-masing dan hal bertemu keluarga itu lebih manis jika Johan sendiri yang bercakap mengenainya dan bukan saya. Tapi saya tahu kami masing-masing sibuk dengan pelbagai komitmen dan itu salah satu sebabnya.
“Diharapkan tiada spekulasi dan cerita negatif mengaitkan keluarga dalam perhubungan cinta dan untuk saya, saya akan cuba jadi diri saya sendiri. Itu sahaja,” ujar Lana dalam nada tenang dan nyata positif tentang hal ini.
Sebagai kekasih hati kepada Johan ‘As’ari yang diketahui ramai adalah aktor yang mempunyai peribadi yang sederhana dan mementingkan agama, Lana memang menginginkan jejaka yang sedemikian. Doa untuk bertemu jejaka beriman sebagai jodoh yang dikirimnya kepada Lisdawati ketika aktres itu menunaikan umrah seakan telah dimakbulkan Allah SWT.
“Saya ada kirim doa kepada Lisdawati agar dipertemukan saya jodoh dengan lelaki yang beriman ketika dia mengerjakan umrah tempoh hari. Setelah pulang dia beritahu saya yang memang ketika sampai disana, hanya nama saya dan seorang lagi teman yang dia ingat lalu terus menyampaikan doa saya itu di sana.
“InsyaAllah jika tidak ada aral melintang, saya pula akan mengikuti Johan dan teman lain untuk ke tanah Suci pada Mac depan,” ucapnya menceritakan perkembangan dirinya kini dan perancangan Lana untuk lebih mendekatkan diri dengan agama.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.