Tuah Liza Jadi Juara Pertama Projek Metro

Tuah Liza Jadi Juara Pertama Projek Metro

Tuah Liza Jadi Juara Pertama Projek Metro
Tuah Liza Jadi Juara Pertama Projek Metro

Seperti yang diimpikan oleh empat finalis program realiti terbaru Projek Metro 2013, tuah nampaknya berpihak kepada Norliza Khairudin, 27 atau Liza yang telah dipilih sebagai juara program anjuran akhbar Harian Metro itu.

Berasal dari Pahang dan merupakan penulis skrip bebas sertabekas krew TV, kejayaan Liza itu telah diumumkan pada acara peringkat akhir Projek Metro yang telah diadakan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam Ahad lalu.

Sebagai juara, Liza telah  membawa pulang wang tunai RM20,000 serta kontrak selama setahun bersama Harian Metro, TV3 dan Hot FM,  selain  pakej percutian ke Melbourne, Australia.

 Beliau berjaya  mengetepikan 3 lagi finalis iaitu Nur HafizahMd Saad (Fiza), 25; Nurfakhira Che Abdul Muhsin (Iera), 24, dan Taufiq Abdu Rahman (Taufiq), 19.

Empat finalis dinilai menerusi cabaran pengacaraan secara langsung, selain tiga tugasan awal berbentuk pre-judging iaitu pembabitan dalam program amal Titipan Kasih Harian Metro yang membantu mangsa banjir dan sekolah tahfiz anak yatim di Johor, penulisan rencana dengan tajuk Gejala Salah Laku diLaman Sosial serta tugasan penyampai radio segmen Rock di Hot FM.

Pada awal saingan di peringkat final final berkenaan, Taufiq telah menjadi peserta terakhir disingkirkan sekali gus meninggalkan persaingan sengit kepada Fiza, Liza dan Iera bagi segmen program bual bicara TV..

Fiza ditugaskan mengendalikan slot Muzik Muzik bersama tetamu undangan Alyah, Iera (Tunggu Sekejap / Nad Zainal) dan Liza pula (WanitaHari Ini/ Putra Aziz Cosry).

Misi Projek Metro 2013 bertujuan mencungkil bakat baru yang serba boleh dalam bidang penyiaran dan kewartawanan.

Seramai lebih 500 peserta hadir pada sesi uji bakat di Balai Berita, Bangsar pada 14 September lalu namun hanya sembilan terbaik yang terpilih.

Turut disampaikan, 2 kategori sampingan iaitu Wajah Paling Fotogenik yang dimiliki finalis Jied dan Personaliti Terbaik(Fiza) hasil undian pembaca Harian Metro.

Penilaian peserta Projek Metro dikendalikan barisan juri tetap iaitu Pengarang Hiburan Harian Metro Roslen Fadzil yang juga bekas pengasas portal murai.com.my serta pelakon jelita Fasha Sandha.

Juri jemputan pula adalah Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul.

Program unik itu telah dihoskan Fara Fauzana bersama gandingan istimewa Faizal Ismail. Malam akhir turut diserikan persembahan hebat Ella, Alyah, Salammusik dan Alif Satar serta penampilan khas Erra Fazira.

Teks oleh Haswari Ali

Email: ayie@astro.com.my

Foto Ihsan: One Digital Solution 

Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers