Sharad Sharan Demam adaptasi novel!

Sharad Sharan Demam adaptasi novel!
Love You Mr Arrogant

Sharad Sharan Demam adaptasi novel!


ADAPTASI novel ke layar perak (filem) atau kaca televisyen (drama) bukan lagi fenomena baru dalam industri tempatan.

Gaya kerja adaptasi ini sudah mula dipraktikkan sejak 1958, menerusi karya Harun Aminurashid, Cinta Gadis Rimba (Virgin of Borneo).

Bermula dari percaturan itu, lapan karya adaptasi novel ke filem mula diperkenalkan sehingga tahun 2007.

Ianya termasuk Rumah Itu Duniaku (1964) karya Hamzah Hussein, Bukan Salah Ibu Mengandung (1969) judul asal Memang Nasib Celaka Badan, Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh (1971) (Harun Hassan), Langit Petang (1982) (A Samad Said), Ranjau Sepanjang Jalan (1983) (Shahnon Ahmad), Mira Edora (1990) (Khadijah Hashim), Black Widow Wajah Ayu (1994) (Raja Azmi) dan Jogho (1997) (S Othman Kelantan).

Dalam tempoh itu, mungkin konsep ini dilihat tidak terlalu agresif jika dibandingkan dengan senario kini.

Baik di layar perak mahupun kaca televisyen, rata-rata daripadanya memilih karya daripada novel.

Kembali membuka lembaran adaptasi pada 2010, filem arahan, Sharad Sharan menerusi karya nukilan, Ahadiat Akashah, Lagenda Budak Setan, ini berjaya mengangkat kisah cinta antara Kasyah dan Ayu.

Malah, kejayaan filem ini dibuktikan dengan catatan kutipan sehingga RM4.3 juta sepanjang tempoh tayangan.

Paling berjaya, percaturan pengarah, Osman Ali dalam menjayakan novel nukilan, Fauziah Ashaari, Ombak Rindu, ke bentuk layar perak berjaya menempatkan filem ini sebagai filem box office dan mengutip hampir RM11 juta.

Selain itu, filem hebat gandingan Aaron Aziz dan Maya Karin ini turut diberi pengiktirafan oleh Astro menerusi Anugerah Blockbuster dalam kategori Anugerah Astro First Terhebat.

Menjadikan Ombak Rindu sebagai pembakar semangat, ramai dalam kalangan produksi mula berhempas pulas memilih karya hebat untuk dijadikan bahan adaptasi.

Tidak kira dalam bentuk filem mahupun drama, karya yang diterjemahkan mampu menarik minat sang pencinta novel dan penonton.

Antara karya yang dipilih untuk diangkat sebagai drama bersiri termasuk Adam dan Hawa, Setia Hujung Nyawa, Bicara Hati, Sehangat Asmara, Gemersik Kalbu, Jauh, Jendela Hati, Trilogi Cinta, Kasih Yang Suci, Tangisan Bulan Madu, Teduhan Kasih dan Stanza Cinta.

Tidak terhenti di situ, kebanyakan karya yang menghiasi televisyen lebih kepada adaptasi novel termasuklah drama bersiri, Kampung Girl, Jodoh Itu Milik Kita dan Love You Mr Arrogant.

Mencipta rating dan peminat tersendiri, ramai di kalangan pengarah dan penerbit mula tertarik dengan konsep ini dan ia terbukti dengan beberapa novel yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Antaranya termasuk Suami Aku Ustaz, Suami Yang Ku Benci, Manisnya Cinta, Perempuan Lindungan Kaabah, Lelaki Eksklusif, Projek Memikat Suami, One Day You'll Be Mine, Suamiku Encik Perfect 10 dan The Wedding Breaker.

Manakala, novel Buku Prima yang bakal diadaptasi seperti Dulu Benci Sekarang Suka, Aku Benci Kau, Saya Tetap Nak Awak, Ops! Zulaikha, I Love You Cikgu, Pengantin Express, Pudina Cinta, Kata Tak Rindu, Dia Tunang Aku, Suamiku Encik Sotong.

Sehingga kini, karya terbitan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, yang telah dipilih syarikat produksi untuk diangkat sebagai filem mahupun drama adalah sebanyak 92 naskhah.

Sharad Sharan Demam adaptasi novel!


Kampung Girl


Mula ditayangkan pada 12 Julai lalu, menerusi slot Zehra TV3, jam 9 malam, drama bersiri, Kampung Girl, merupakan karya adaptasi novelis, Umi Kalsom, keluaran Karya Seni.

Mempertaruhkan gandingan antara pelakon hebat, Nad Zainal dan Akim Ahmad, drama ini semakin meniti di bibir peminat.

Kredibiliti Nad tidak perlu dipersoalkan lagi kerana pelakon ini sememangnya hebat dalam membawa kepelbagaian watak.

Drama ini mengisahkan mengenai Ashraf Khairi, anak bongsu pasangan ahli perniagaan cuba dijodohkan dengan sepupunya sendiri, Ainnur Azmi.

Ainnur menerima lamaran daripada keluarga Ashraf kerana tercabar dengan ejekan Ashraf dan dia ingin mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak itu.

Namun, lama kelamaan, rasa cinta itu merubah segalanya dan Ainnur membuktikan dirinya bukanlah seperti yang dianggap.

Love You Mr Arrogant

Drama bersiri di slot Akasia TV3, Love You Mr Arrogant, yang ditayangkan pada jam 7 petang, ini juga merupakan karya keluaran Karya Seni.

Mula ditayangkan pada 25 September lalu, karya nukilan Aliesha Kirana, ini dibintangi Azlee Khairi dan Zara Zya, selaku tonggak utama.

Drama 26 episod ini juga turut membariskan pelakon hebat seperti Hanez Suraya, Keith Foo, Anzalna Nasir, Norish Karman, Mustapha Kamal, Fadilah Mansor, Alex Yanz dan Aishah Illias.

Drama ini mengisahkan Zaara Amirah yang terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari Zafriel Irham.

Namun keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.

Tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

Jodoh Itu Milik Kita

Sebelum ini, nama pelakon hebat, Farid Kamil, lebih tertumpu pada lakonan filem.

Namun, menerusi karya adaptasi, Jodoh Itu Milik Kita, Farid digandingkan bersama Tiz Zaqyah dalam drama rantaian.

Merupakan gandingan pertama, baik Farid mahupun Tiz, masing-masing berjaya menterjemahkan watak Aariz Danial dan Dahlia Darius dengan baik.

Mula bersiaran pada 19 Ogos lalu menerusi saluran Astro, Mustika HD (134), setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam, drama terbitan Pena Creative Pictures Sdn. Bhd ini mendapat sentuhan daripada pengarah, Jamal Khan.

Walaupun ianya merupakan novel pertama nukilan novelis, Sara Aisha, namun karya keluaran Karya Seni ini mempunyai jalan cerita yang menarik.

Mengisahkan mengenai Dahlia yang terhutang budi kepada keluarga Syafiq dan bersetuju untuk berkahwin.

Namun, pada hari pernikahan mereka, Syafiq melarikan diri kerana tidak dapat menerima pilihan keluarga.

Ketika itu, abang Syafiq, Aariz Danial yang baru pulang dari Melbourne dipaksa menggantikan adiknya sebagai pengantin lelaki.

Drama hebat ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Nabila Huda, Syazwan Zulkifly, dan Lana Nordin.

Syurga Di Wajahmu

Bakal menemui penonton di saluran RTM tidak lama lagi, karya nukilan, Laila Hanni, Syurga Di Wajahmu, dipilih untuk diangkat sebagai drama bersiri.

Karya terbitan Kaki Novel ini menampilkan pelakon, Dazrin Kamaruddin dan Ana Dahlia sebagai teraju utama.

Memilih lokasi penggambaran di Kota Bharu, Kelantan, drama ini mengisahkan mengenai cinta antara Engku Lokman dan gadis kampung, Idayu.

Pertemuannya dengan Engku Lokman, membawa kisah kasih yang ingin sekali dihindari Idayu selama ini, memandangkan Engku Lokman mempunyai gaya hidup bebas dan liar.

Gaya hidup Engku Lokman yang gemar bersosial itu turut memberi padah buat Idayu apabila dia diperkosa ketika sedang tidur.

Bapanya memaksa mengahwini Idayu dan Engku Lokman menetapkan tempoh tiga bulan sahaja untuk bergelar suami.

Suami Aku Ustaz

Bakal diadaptasi ke layar perak, karya nukilan Hannah Dhaniyah ini mengisahkan mengenai Alisa yang dipaksa berkahwin pada usia 17 tahun.

Alisa dipaksa berkahwin dengan sepupunya merangkap guru agama di sekolahnya, Ustaz Hafiz apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji.

Dilema bermula apabila Alisa, menyembunyikan identitinya sebagai pelajar sekolah.

Filem terbitan syarikat produksi, Nur ADP Sdn Bhd, milik pelakon kacak, Adi Putra, itu bakal ditayangkan pada awal tahun hadapan.

Memilih pelakon cantik, Nora Danish sebagai tonggak utama filem sebagai Alisa, Adi turut berperanan sebagai Ustaz Hafiz.

Filem ini menjadi karya yang ditunggu-tunggu penggemar novel memandangkan novel tersebut merupakan novel terlaris pada tahun lalu, terbitan Karya Seni.

Seakan ingin mengulangi kejayaan drama bersiri, Tentang Dhia, yang menggandingkan Nora dan Adi, filem ini dijangka memberi saingan sengit kepada filem adaptasi lain yang bakal ditayangkan.

Manisnya Cinta

Mempertaruhkan pelakon cantik, Fazura dan pelakon hebat, Shaheizy Sam, sebagai tonggak utama, filem, Manisnya Cinta, ini bakal menemui penonton pada tahun hadapan.

Filem  diadaptasi dari karya novelis, Anis Ayuni ini diterbitkan syarikat terkenal, Global Stations dan mendapat suntingan pengarah, Bernard Chauly.

Selain Sam dan Fazura, filem yang turut menjalani penggambaran di Turki ini turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti, Lisa Surihani, Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatima, Faizal Hussein dan Josiah Hogan.

Secara dasarnya, karya terbitan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, ini menceritakan  kehidupan gadis, Ifti Liyana yang tidak pernah mendambakan kasih sayang Fredo.

Namun, setelah Fredo menikahi gadis lain, tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri.

Pertemuan pertama dengan Nazmi  mencambahkan perasaan yang dia sendiri tidak fahami. Namun, Ifti Liyana yakin, Nazmi adalah insan yang tercipta untuknya.

92 novel terpilih

Selaku Pengurus Besar Penerbitan, Grup Buku Karangkraf, Sri Diah Shaharuddin turut menyatakan pandangan positifnya dalam perkembangan senario adaptasi ini.

Menurut Sri Diah, sehingga kini, sebanyak 92 karya novel telah dilamar pihak produksi untuk diangkat sebagai filem, telemovie dan drama bersiri.

"Alhamdulillah, bilangan ini semakin meningkat dari semasa ke semasa. Malah, ia menunjukkan perkembangan positif dan pastinya kejayaan buat penulis di bawah naungan Karangkraf.

"Setiap karya yang diberi mandat untuk diadaptasi akan dikenakan bayaran sebanyak RM10,000.

Dengan jumlah ini, kami akan memberikan 40 peratus kepada penulis. "60 peratus lagi kami akan gunakan untuk tujuan promosi, iklan serta majlis ramah mesra bersama penulis dan pelakon.

"Kami sememangnya bertungkus lumus membantu dalam membuat promosi besar-besaran untuk karya yang dipilih. Malah, kami turut menggunakan beberapa medium untuk memberi hebahan kepada penonton dan peminat," katanya.

Tambahnya lagi, kebanyakan novel yang diadaptasi memberi pulangan yang banyak buat novelis apabila novel mereka berjaya diulang cetak beberapa kali.

"Selain daripada RM4,000 yang diterima sebagai wang sagu hati, penulis juga akan meraih keuntungan apabila novel itu dicari pembaca.

"Sehingga kini, novel Ombak Rindu merupakan karya yang paling banyak diulang cetak. Selain itu, ada beberapa novel lagi termasuk Sehangat Asmara, Setia Hujung Nyawa dan Adam & Hawa, berjaya meraih keuntungan besar," katanya lagi.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers