Chacha Maembong takut dilabel 'playgirl'

Chacha Maembong takut dilabel 'playgirl'
Chacha Maembong

Chacha Maembong takut dilabel 'playgirl'


POPULARITI yang diraihnya agak lewat sedikit daripada kakak kandungnya, Emma Maembong. Bagaimanapun, namanya melonjak dalam waktu yang cukup sekejap.

Sungguhpun memasuki dunia hiburan ketika dia hanya berumur 16 tahun namun dia tidak terlepas dari kisah panas yang berlegar.

Pernah dikaitkan dengan pelakon dari Singapura, Shah Iskandar, beralih pula kepada penyanyi dari kumpulan AXL, Ally dan terbaru dikatakan menjalinkan hubungan cinta bersama dengan penyanyi yang tidak begitu dikenali, Iqwal Hafiz.

Namun, semua ‘hubungan cintanya'  itu hanyalah gosip semata-mata malah Chacha Maembong mengaku masih lagi belum mempunyai teman istimewa.

Tidak melatah dengan segala cerita yang timbul, Chacha bagaimanapun mengakui dia agak sedih kerana lebih banyak kisah cinta dari kariernya yang  bermain di media.

“Saya agak sedih dengan gosip-gosip ini. Balik-balik mengenai gosip saya dengan lelaki sahaja,” ceritanya pada media ketika ditemui selepas pratonton Designer Didie Naik Haji.

Gosip itu menyebabkan Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Maembong, 17,  takut dirinya dilabel sebagai ‘playgirl’ oleh peminat.

“Itulah yang saya takutkan sebenarnya. Asalkan saya keluar dengan mana-mana artis lelaki saja mesti ada gosip.

“Padahal, kami hanyalah berkawan. Tidak lebih dari itu. Tapi, saya pun tak tahu kenapa?.

“Pada saya, saya buat tak layan saja. Lagipun, semua artis ada gosip, semua artis ada kisah cintanya tetapi kisah cinta saya itu tidak benar,” tegasnya lagi.

Chacha Maembong takut dilabel 'playgirl'
Chacha Maembong dan kakaknya Emma Maembong

Bukan cinta lokasi


Menjelaskan hubungannya dengan pelakon Teduhan Kasih, Shah Iskandar, Chacha, memberitahu dia mula rapat dengan  aktor kelahiran Singapura itu setelah bergandingan untuk drama Pengantin Lari.

“Kadang-kadang selepas penggambaran, kami keluar lepak dan minum beramai-ramai.

“Tapi sekarang ini, sejak penggambaran tamat, kami dah lama tak jumpa malah saya sudah lama tidak berhubung dengannya,” katanya sambil memberitahu penggambaran telemovie itu bermula sejak sebelum Ramadan.

Tambah Chacha lagi, hubungannya dengan Ally juga begitu. Sekadar kawan biasa.

“Bagi saya, sebagai seorang artis memang kami tidak boleh lari dengan gosip dan kami juga tidak boleh cepat melenting. Kita perlu bersikap profesional.

“Sebab itu, apa yang orang cakap, saya hanyalah berdiam diri. Jika saya cepat marah, isu ini tidak akan habis malah akan menjadi semakin melarat.

“Jadi,  biarlah benda ini menjadi reda dulu. Lagipun orang yang kenal dengan saya, mereka tahu perangai saya macam mana,” katanya lagi.

Kenal hati budi Iqwal

Sementara itu, Chacha mengakui dia kini berkawan rapat dengan penyanyi, Iqwal Hafiz.

Kata adik Emma Maembong ini lagi, dia mengenali Iqwal sejak beberapa bulan lalu menerusi sahabat baiknya.

Tambahan pula, ibu bapa Iqwal rapat dengan Chacha dan dia sudah menganggap ibu Iqwal sebagai mak angkatnya.

“Saya baru kenal dia. Adalah dalam tiga bulan. Sebenarnya, kawan baik saya yang kenalkan. Sebab dia pun berkawan baik dengan kawan baik saya itu.

“Kami mula rapat pun sejak dia melawat saya di hospital kerana menjalani pembedahan membuang apendiks bulan lalu.

“Tapi setakat ini, kami belum pernah lagi keluar berdua. Kalau keluar, kami mesti bertiga dia, saya dan kawan baik saya,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon Setia Hujung Nyawa itu tidak menafikan bahawa dia dalam proses mengenal hati budi Iqwal.

“Kami masih sangat baru berkenalan. Sekarang ini pun masih lagi dalam proses kenal hati budi masing-masing. Baru kenalkan, tak akan nak terus bercinta?,” gelaknya.

Dalam pada itu, Chacha turut menolak anggapan bahawa Iqwal ingin menumpang popularitinya.

“Bukan nak tumpang populariti. Saya rasa dia lebih hebat dari saya kerana bakat yang ada padanya.

“Malah, orang dalam industri juga turut mengenalinya cuma belum begitu popular di kalangan orang ramai,” katanya.

Belum masa sambung belajar

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pengajiannya, Chacha mempunyai jawapannya tersendiri.

“Saya mengaku saya agak tertinggal dari segi itu. Saya tahu, pelajaran memang penting dalam hidup. Tapi, jika sudah tiada rezeki dalam hal itu, maka saya akan buat mengikut kemampuan saya.

“Saya suka berlakon dan minat berlakon.

“Alhamdulillah, setakat ini, saya tidak mengalami sebarang masalah ketika membaca skrip atau berlakon dan saya tahu proses pembelajaran itu berlangsung setiap masa dan di mana sahaja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Chacha bakal muncul menerusi telemovie Designer Didie Naik Haji yang akan ditayangkan pada 15 Oktober ini di TV1.

“Saya baru sahaja selesai penggambaran cerekarama berjudul Karma Abah di samping pelakon hebat Faizal Hussein, Eja dan Aedy Ashraf,” katanya.

Comments

  1. cantek lagi emma tapi tak berapa kenal gak ngan chacha nih , ehehehe ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm dua dua is tak kenal hehehehee nak kena studi jap dorang nie siapa.

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers