Liga Lawak Superstar janji kelainan
SATU lagi program realiti terbaru terbitan TV3, Liga Lawak Superstar (LLS) menjanjikan kelainan di mana program itu dibarisi selebriti yang memperlihatkan kreativiti dan sketsa komedi mereka.
LLS yang menampilkan 16 pelakon antaranya Kamal Adli, Iqram Dinzly, Shaafiq Kyle, Akim Ahmad, Mikael Andre, Sheera Iskandar, Riezman Khuzaimi, Qazeem Nor, Idzham Ismail, Aidil Aziz, Anas Ridzuan, Aman Nassim dan Zalif Sidek turut digabungkan bersama artis Komedi.
Antara pelakon komedi yang terlibat adalah Azlee Senario, Bell Ngasri, Aziz M. Osman, Ilya Hamdan, Sathiya, Ropie dan Farouk Hussein yang di undang untuk melengkapkan program realiti ini.
Menurut pengarah, Afdlin Shauki selaku penerbit dan pencetus idea program itu, dia mengakui program realiti berkenaan memberikan kelainan dengan program terbitannya sebelum ini.
“Ia merupakan program improvisasi yang memberikan sedikit kelainan kepada penonton juga kepada artis yang menerima cabaran dalam program ini.
“Saya yakin kesannya memberikan sedikit kelainan kerana banyak 'game' yang memerlukan artis itu berfikir dan fizikalnya tidak berat dan terlalu mencabar.
“Namun, saya yakin ia akan memberikan satu cabaran baru kepada artis-artis yang mencubanya,” katanya di Booth Camp LLS di Hulu Langat, baru-baru ini.
Menurutnya, program ini melibatkan lapan kumpulan yang akan terima cabaran permainan yang menguji kemahiran mereka sekali gus melakukan improvisasi melalui tugasan-tugasan yang diberi.
“Setiap kumpulan itu mestilah mempunyai tiga ahli. Yang mana, setiap daripada mereka akan diarahkan berlawan sesama sendiri selepas melibatkan aktiviti fizikal. Setiap peserta itu perlu menyanyi sambil kakinya diurut secara refleksologi.
“Mereka juga akan meneruskan permainan improvisasi yang memaksa mereka berfikir. Selain itu, mereka akan diberikan tugasan untuk membuat sketsa dan akan spin off drama-drama terbaik yang pernah bersiaran di TV3,” katanya.
Latihan sebenar
Mengulas mengenai latihan selama dua hari yang bermula 23 hingga 24 September lalu di Lembah Pangsun, Pusat Eko dan Rekreasi, di Hulu Langat, Afdlin percaya dengan sesi latihan ini akan memberikan stamina kepada peserta untuk beraksi pada hari pertandingan nanti.
“Kita memang mahu mereka melakukan latihan sebelum menghadapi saingan yang sebenar. Ia juga bertujuan mengasah bakat dan menguji tahap kreativiti mereka selain melakukan pemilihan pada kumpulan pada LLS 101.
“Latihan dan penyediaan masa sesuai dengan syarat pertandingan. Ia juga memberikan peluang kepada kumpulan yang memperoleh markah paling tinggi untuk memilih sendiri mana-mana komedian yang mereka mahu sebagai memberi tunjuk ajar pada mereka sepanjang pertandingan nanti," katanya.
Menurut Afdlin lagi, barisan peserta akan diberi pendedahan dan latihan berkenaan tugasan yang bakal mereka hadapi di saingan sebenar nanti.
Liga Lawak Superstar turut dihoskan oleh Afdlin Shauki sendiri bersama Adibah Noor.
Program itu, bakal bersiaran mulai 6 Oktober ini dan mulai episod kedua akan disiarkan secara langsung, setiap Ahad, jam 9 malam, di TV3.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.