Shae cari calon di Malaysia?

Shae cari calon di Malaysia?
Shae a.k.a Sheryl Gething

Shae cari calon di Malaysia?


SEJAK muncul dengan lagu 'Sayang', Shae atau nama sebenarnya, Sheryl Gething, 19, semakin meniti di bibir peminat.

Selain banyak menerima tawaran nyanyian, penyanyi yang berasal dari Indonesia ini turut menerima undangan sebagai penampilan khas untuk drama dan program televisyen di negara ini.

Bagaimanapun, siapa sangka penyanyi berdarah kacukan Australia ini sebenarnya masih kurang popular di negara sendiri. Malah hal itu diakui sendiri oleh Shae, ketika menjalani sesi fotografi bersama Zass baru-baru ini.

"Walaupun saya kurang menyerlah di Indonesia tetapi ia tidak menjadi masalah bagi saya dalam mengembangkan karier saya dalam bidang nyanyian.

"Ternyata walaupun tidak diterima baik di sana, namun saya diterima baik di Malaysia.

"Saya sangat gembira dengan penerimaan peminat di Malaysia. Ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk berusaha lebih keras dalam karier nyanyian," kata Shae yang turut mengakui sukar mendapat tawaran nyanyian di negara kelahirannya sendiri.

Nekad meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian, Shae berkata, apa yang penting dia sedang berusaha memberikan yang terbaik untuk peminatnya di sini dan dia sangat gembira dengan sokongan yang diterima.

"Bagi saya soal populariti itu tidak penting, apa yang menjadi fokus utama saya adalah bagi memastikan peminat menerima setiap lagu yang saya bawa.

“Saya sangat berterima kasih kepada semua pihak dan juga syarikat Warner Music yang telah memberi ruang untuk saya mempromosikan lagu saya sehingga dikenali di sini," katanya.

Promosi single terbaru


Kembali dengan single terbaru, 'Cintaku Telah Mati Untukmu' dan 'Hangat Hangat Kuku', ciptaan komposer, Posan Tobing,  penyanyi berambut perang ini mengharapkan ia turut mendapat sambutan seperti mana lagunya
sebelum ini.

Menurut Shae, seperti Sayang, kedua-dua single itu masih mengekalkan muzik 'cathcy' dan turut diberi sentuhan yang lebih segar untuk selera peminat masa kini.

"Saya percaya dan yakin peminat akan menerima dan terhibur dengan lagu tersebut.

"Saya juga dalam perancangan untuk mengadakan mini konsert bagi single terbaru ini dan berharap konsert tersebut mendapat sambutan ramai," katanya yang bakal tampil dengan mini album.

Turut mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan, Shae berkata, ia juga merupakan sebahagian dari minatnya sejak berkecimpung dalam bidang seni.

"Saya bersyukur, sekarang sedang menjalani penggambaran sebuah drama. Saya begitu gembira dapat menceburi bidang lakonan dan berharap dapat membawa setiap watak yang diberikan dengan baik.

"Jika diberi peluang untuk memilih watak, saya lebih gemar melakukan watak aksi," katanya yang pernah membuat penampilan khas menerusi drama bersiri Strawberi & Karipap di Astro Ceria.

Calon suami di Malaysia?

Melihat pakej lengkap yang dimilikinya, mustahil orang secantiknya masih belum berpunya. Diajukan mengenai perkara itu, Shae berkata, buat masa ini dia enggan memikirkan soal cinta. Namun sekiranya ada jodoh, dia tidak akan menolaknya. Malah kata Shae dia juga sedia menerima calon dari negara ini.

"Pengalaman bercinta sebelum ini, membuatkan saya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup, namun saya tidak menolak sekiranya ada jodoh.

"Saya percaya kepada takdir. Jadi, apabila jodoh sudah sampai, pastinya saya akan terima seadanya," katanya yang kini mahu memberi tumpuan terhadap karier.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers