TV9 Siarkan 30 Program Terbaik Sempena Sambutan Aidilfitri

Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, TV9, Siarkan, 30, Program, Terbaik, Sempena, Sambutan, Aidilfitri
Antara artis yang hadir pada majlis pelancaran program sempena Aidilfitri 5 Malam 4 Hari, Selasa. -foto THE STAR/Shahrul Fazry Ismail

TV9 Siarkan 30 Program Terbaik Sempena Sambutan Aidilfitri


KUALA LUMPUR: Bersempena dengan sambutan Aidilfitri Pada Bulan Ogos tidak lama lagi, stesen televisyen TV9 memperkenalkan tema 5 Malam 4 Hari dengan memaparkan sebanyak 30 program terbaik.

Menurut pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin, program-program tersebut akan disiarkan sepanjang lima hari pertama Aidilfitri bermula 7 Ogos depan (malam Raya pertama).

"Pelbagai rancangan hiburan dan drama-drama terbaik bakal disajikan bermula malam Raya.

"Menerusi 5 Malam 4 Hari, ia turut menampilkan kolaborasi erat antara TV9 dan Hot FM di mana Hot FM turut mempromosikan program menarik sepanjang minggu pertama Raya ini ke udara seperti Mimpi Fara, Geng Kampung Pisang dan Hot TV Raya," katanya.

Sherina ditemui pada majlis pelancaran program sempena Aidilfitri 5 Malam 4 Hari di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC), di sini pada Selasa.

Bermula pada malam Raya, penonton akan dihiburkan dengan program Hip TV yang menampilkan Hani Hatim dan Aidid Marcello.

Pada keesokan hari, nama-nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Alyah dan Najwa Latiff akan menghibutkan para penonton menerusi program Stailista Unplugged pada 8 Ogos, pukul 10 pagi.

Persembahan hebat lagenda rock Amy (Search), Azlam (The Typewriter) dan Black pula akan dipaparkan menerusi muzikal hebat Rockesta pada raya pertama, pukul 8.30 malam.

Antara telefilem-telefilem yang bakal disiarkan ialah Sweet Lola, Mana Kuali Opah? dan Oh Kampungku!. Menerusi slot Bananana TV9 pula, program kanak-kanak seperti Seringgit Kashorga, I Heart Kurma, BanananaSquad VS Idola Kecil dan Cokelat Maraton turut dipaparkan.

Dalam pada itu, TV9 turut menyiarkan filem animasi yang mendapat sambutan hebat di pawagam iaitu Bola Kampung The Movie.

Selain itu, TV9 turut menyediakan rancangan berbentuk gameshow seperti Ada Bran? 2013, Kidnap, Mini Busking, Bintang Mencari Pasal Raya dan Switch Off Raya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers