Alyah rindu nak berniaga

RAZIATUL HANUM A. RAJAK

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Alyah, rindu, nak, berniaga
Alyah yang semakin manis berhijab bekerja keras untuk mencapai kejayaan pada hari ini. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

Alyah rindu nak berniaga


RAMADAN enam tahun lalu meninggalkan kenangan manis buat penyanyi Tak Mungkin Kerana Sayang, Alyah.

Menurut Alyah, ketika itu dia begitu bekerja keras untuk berjaya.

“Saya teringat kenangan berniaga di bazar Ramadan, enam tahun lalu. Saya buat kuih dan adik saya jual di bazar Ramadan.

“Pagi saya buat karipap, tengah hari beri anak saya yang baru berusia setahun makan, petang pula bersiap-siap untuk majlis buka puasa,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Alyah, memori kesibukan dan keterujaan itu masih melekat dalam ingatannya sehingga terbit rasa rindu.

“Memang saya bekerja keras masa itu. Setiap hari jadual saya begitulah. Saya rindu sangat kenangan waktu itu,” katanya.

Bercakap soal perancangan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Alyah berharap dapat bercuti lebih lama bagi menemani ibunya di kampung.

“Raya tahun ini saya akan pulang ke kampung di Gelang Patah, Johor kerana tahun ini ibu saya tinggal seorang.

“Adik-beradik semua dah berkahwin dan mereka akan balik ke kampung mertua masing-masing,” katanya.

Di kesempatan itu juga, Alyah merancang untuk menziarahi saudara maranya di sana.

“Saya harap tahun ini dapat cuti lama sedikit kerana saya sudah terlalu sibuk sebelum ini sehingga tiada masa untuk mengunjungi saudara mara di kampung.

“Mereka mesti merajuk dengan saya sebab majlis-majlis penting mereka, saya selalu tak dapat hadiri,” katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers