WARTAWAN SINAR HARIAN
UNIK, itulah perkataan yang boleh digambarkan terhadap Mini Teater Silat dan Pahlawan bertajuk Cekak dan Hanafi yang diadakan di Kompleks Taman Budaya, Kuala Lumpur pada 6 dan 7 Julai lalu.
Menariknya, persembahan selama 40 minit tanpa henti itu tidak menggunakan sebarang dialog, namun masih mampu menarik kira-kira 500 penonton selama dua hari persembahan berlangsung.
Apatah lagi, tiada barisan artis atau selebriti popular, bagaimanapun nyata mini teater itu mempunyai nilai estetika tersendiri dengan persembahan mengasyikkan.
Dibarisi 51 pesilat yang juga merupakan ahli Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia, teater tersebut mempamerkan ketangkasan dan kelincahan pelakon ketika bertempur.
Ternyata pihak penganjur berani mempertaruhkan karya yang dianggap lain daripada yang lain ini.
Kisah hidup pengasas seni mempertahankan diri itu diungkap dalam dimensi berbeza iaitu melalui aksi dan gerakan silat yang penuh seni itu.
Pelbagai rencah kehidupan, suka duka arwah Ustaz Hanafi dipentaskan dalam aksi penuh debar dengan adegan bertarung, namun beliau berjaya mengharungi dugaan mendatang dengan penuh sabar.
Biarpun menempuhi empat zaman atau babak berbeza, beliau tetap tenang menghadapinya demi mempertahankan agama, budaya dan negara ini daripada anasir jahat.
Malah setiap gerakan itu mempunyai maksud tertentu, bukan sahaja mempertahankan diri daripada ancaman bahaya tetapi ia sebagai amanah kepada pesilat untuk bertanggungjawab dalam semua perlakuan mereka.
Paling mengujakan apabila watak utama diserang secara bertubi-tubi namun masih teguh berdiri menahan serangan.
Debarannya kian terasa apabila penyerang turut menggunakan senjata seperti parang dan pisau dalam beberapa babak tersebut.
Begitulah keistimewaan teater ini, walaupun dipersembahkan tanpa sepatah perkataan namun tetap diminati dan mempunyai pengikut sendiri.
Bagi Penasihat Kehormat, Syeikh Dr Mohd Radzi Hanafi yang merupakan anak keempat Ustaz Hanafi, menceritakan mengenai babak-babak yang dipentaskan bermula dari zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajudin, Panglima Ismail, Panglima Tok Rashid, Ustaz Hanafi hingga generasi sekarang.
Berdasarkan seni gerak silat tersebut, penonton mungkin tidak faham apa yang dipersembahkan namun mereka dibekalkan dengan sinopsis penceritaan teater tersebut.
Melalui naskhah yang diberikan, pada babak pertama persembahan dimulakan ketika era pemerintahan Sultan Ahmad Tajudin di mana silat Cekak hanya diperkenalkan di kalangan panglima dan pembesar Kedah sahaja.
Ketika itu, Panglima Ismail mengetuai sepasukan pahlawan untuk memerangi ancaman musuh daripada kaum Batak sehinggalah seni silat itu semakin berkembang di seluruh negara.
Berbalik kepada Mohd Radzi, dia berkata, pementasan tersebut bukan sekadar perkara baru tetapi mahu menghidupkan semula seni silat yang kini kian dilupakan.
“Generasi muda kurang meminati seni mempertahankan diri kerana kurang pendedahan yang diberikan pihak berwajib.
“Atas dasar itulah, kami menganjurkan teater ini agar warisan Melayu ini tidak pupus ditelan zaman,” tegasnya.
Tambahnya, dengan menggunakan kaedah baru itu golongan muda berminat menyertai seni silat sekali gus mempertahankan warisan negara.
“Masyarakat mungkin keliru dengan pementasan ini kerana tiada dialog, tetapi penerimaan yang terima setakat ini sangat membanggakan,” katanya.
Turut menjayakan pementasan tersebut, pelakon dan pengarah terkenal, Fauziah Nawi yang telah menyumbangkan pengalaman dan tenaga bagi melengkapkan persembahan itu.
Lebih dikenali dengan panggilan Ibu, nyata usaha pelakon veteran itu tidak boleh dipandang enteng walaupun memiliki sekelumit pengetahuan atau asas dalam seni mempertahankan diri.
Menurutnya, Fauziah membantu kru pementasan dari segi muzikal dan teknikal agar segala persiapan berjalan dengan lancar.
“Saya menguruskan nota muzik agar aksi pesilat serasi dengan muzik yang dimainkan oleh pemuzik.
“Kami menggunakan elemen muzik tradisional agar suasana pertarungan lebih real dan menarik,” katanya.
Walaupun tiada pengalaman mengendalikan teater seperti itu, Fauziah menyatakan harapannya agar pementasan tersebut dapat dipromosikan ke luar negara seperti Paris dan Korea.
Baginya, silat cekak mempunyai prinsip-prinsip yang sesuai diamalkan dalam kehidupan seperti berpegang pada janji dan menghormati orang lain.
Teater Silat dan Pahlawan bertajuk Cekak dan Hanafi |
Teater Silat dan Pahlawan bertajuk Cekak dan Hanafi

Dimensi baru persilatan

Promosi ke luar negara
Turut menjayakan pementasan tersebut, pelakon dan pengarah terkenal, Fauziah Nawi yang telah menyumbangkan pengalaman dan tenaga bagi melengkapkan persembahan itu.
Lebih dikenali dengan panggilan Ibu, nyata usaha pelakon veteran itu tidak boleh dipandang enteng walaupun memiliki sekelumit pengetahuan atau asas dalam seni mempertahankan diri.
Menurutnya, Fauziah membantu kru pementasan dari segi muzikal dan teknikal agar segala persiapan berjalan dengan lancar.
“Saya menguruskan nota muzik agar aksi pesilat serasi dengan muzik yang dimainkan oleh pemuzik.
“Kami menggunakan elemen muzik tradisional agar suasana pertarungan lebih real dan menarik,” katanya.
Walaupun tiada pengalaman mengendalikan teater seperti itu, Fauziah menyatakan harapannya agar pementasan tersebut dapat dipromosikan ke luar negara seperti Paris dan Korea.
Baginya, silat cekak mempunyai prinsip-prinsip yang sesuai diamalkan dalam kehidupan seperti berpegang pada janji dan menghormati orang lain.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.